Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Source: https://www.majlis-mesyuarat.gov.bn/wp-content/uploads/2026/08/Jawapan-Pertanyaan-Jawab-Lisan-Secara-Bertulis-030826-Hari-Pertama.pdf

Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL297

SOALAN

Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin

YANG BERHORMAT PENGIRAN HAJI ISA BIN PENGIRAN HAJI ALIUDDIN meminta MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI menyatakan projek-projek 'Renewable atau Alternative Energy' sudah diungkayahkan seperti Solar Power dan Waste-to-Energy (WTE) yang bukan saja untuk menampung permintaan dari FDI tetapi juga mendokong strategi pengurangan pengeluaran carbon dioxide? Apakah projek WTE dan juga projek yang lain akan dapat dilaksanakan pada tahun 2027 ini?

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Pembangunan tenaga boleh diperbaharui dan tenaga alternatif merupakan antara keutamaan pihak Kerajaan dalam memperkukuh keterjaminan tenaga negara serta menyokong sasaran Dasar Kebangsaan Perubahan Iklim Negara Brunei Darussalam (BNCCP) iaitu mencapai sekurang-kurangnya 30 peratus kapasiti terpasang tenaga boleh diperbaharui daripada keseluruhan kapasiti penjanaan elektrik negara menjelang tahun 2035.

Alhamdulillah, kapasiti tenaga boleh diperbaharui telah meningkat daripada 7 megawatt-peak (MWp) pada tahun 2024 kepada 63 MWp setakat ini dan dijangka melebihi 100 MWp pada penghujung tahun 2026. Peningkatan ini disokong oleh Projek Tenaga Suria Kampong Belimbing Subok berkapasiti 46 MWp serta Projek Tenaga Suria berkapasiti 12MWp Syarikat Hibiscus Petroleum Berhad yang dijangka mula menjana tenaga elektrik pada tahun ini.

Sektor swasta telah dan terus memainkan peranan penting dalam menyokong perkembangan tenaga boleh diperbaharui melalui pelaksanaan projek tenaga suria merentasi sektor komersial, perindustrian, pendidikan dan perbankan. Antaranya termasuk Projek SINAR oleh Hengyi Industries serta pemasangan sistem tenaga suria di bawah skim Net Metering di Jerudong International School dan ibu pejabat Bank Islam Brunei Darussalam.

Selain itu, program perintis tenaga suria di Tapak Perindustrian Sungai Bera kini sedang diteliti bersama syarikat-syarikat berkaitan dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei (BEDB). Program ini akan menilai corak penggunaan elektrik, kesesuaian tapak serta daya maju teknikal dan komersial sebelum diperluaskan ke kawasan perindustrian lain. Penyertaan sektor komersial akan terus diperkukuh melalui galakan pelaksanaan langkah kecekapan tenaga dan penggunaan sistem tenaga suria sebagai langkah persediaan awal menjelang pelaksanaan cadangan struktur tarif elektrik sektor komersial yang dikemas kini daripada bersifat regresif kepada progresif mulai tahun 2028.

Bagi tahun 2027, Projek SolarGov yang melibatkan pemasangan sistem tenaga suria di lima buah bangunan Kerajaan kini berada pada peringkat penilaian tender. Projek ini merupakan fasa permulaan pelaksanaan SolarGov secara berperingkat, dengan keseluruhan projek dijangka mencapai kapasiti sehingga 13 MWp, tertakluk kepada hasil penilaian tender. Pemasangan di lima buah bangunan tersebut dijangka mula menjana tenaga elektrik secara berfasa pada tahun 2027. Di samping itu, kontrak bagi Projek Tenaga Suria Terapung pertama negara juga dirancang untuk dianugerahkan pada tahun 2027. Sementara itu, Projek Waste-to-Energy (WtE) kini berada pada peringkat penilaian dan dijangka mula beroperasi pada penghujung tahun 2030 dengan kapasiti penjanaan sehingga 15 MW.

Dari segi impak terhadap pengurangan pelepasan gas rumah hijau, setiap 1 MWp kapasiti terpasang tenaga boleh diperbaharui dianggarkan berupaya mengurangkan sekitar lapan ratus sembilan puluh empat (894) tan karbon dioksida setara (CO₂e) setahun. Walau bagaimanapun, anggaran ini adalah bersifat indikatif dan bergantung kepada prestasi sistem serta keadaan operasi. Oleh itu, pelaksanaan projek akan terus dipergiat secara berfasa dengan mengambil kira pertumbuhan permintaan elektrik, kesiapsiagaan grid serta daya maju teknikal dan komersial. Di samping projek berskala besar, penggunaan sistem tenaga suria di rumah kediaman melalui skim Net Metering juga akan terus dipromosikan bagi menggalakkan penggunaan sumber tenaga yang lebih rendah karbon dalam memenuhi permintaan elektrik, termasuk daripada penggunaan kenderaan elektrik.

Seiring dengan perkembangan ini, Kerajaan turut memperkukuh kesiapsiagaan tenaga kerja tempatan melalui Rangka Kerja Skills and Capacity for Alternative Low-Carbon Energy (SCALE), termasuk pelaksanaan Solar Internship Programme yang memberi pendedahan praktikal kepada pelajar IBTE dan Politeknik Brunei di projek-projek tenaga suria berskala besar.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.