Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Source: https://www.majlis-mesyuarat.gov.bn/wp-content/uploads/2026/08/Jawapan-Pertanyaan-Jawab-Lisan-Secara-Bertulis-100826-Hari-Kelima.pdf

Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL294

SOALAN

Yang Berhormat Awang Haji Daud bin Jihan

YANG BERHORMAT AWANG HAJI DAUD BIN JIHAN meminta MENTERI PENGANGKUTAN DAN INFOKOMUNIKASI menyatakan penilaian Kementerian terhadap keberkesanan sistem Keselamatan Amalan Pemandu (SiKAP) telah dikuatkuasakan sejak 1hb Oktober 2013 dalam mengurangkan kemalangan dan kesalahan lalu lintas? Berapakah jumlah pemandu yang telah dikenakan mata demerit, lesen yang digantung atau dibatalkan, serta adakah kementerian bercadang menambah baik sistem tersebut berdasarkan penilaian semasa?

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi

Pertama – Keberkesanan SiKAP. Untuk makluman, SiKAP telah diperkenalkan bagi meningkatkan disiplin dan pematuhan pemandu terhadap peraturan lalu lintas melalui sistem mata demerit. Matlamatnya bukan semata-mata untuk menghukum, tetapi untuk mencegah kesalahan berulang dan membentuk tingkah laku pemanduan yang lebih selamat.

Dari segi keberkesanan, Kementerian berpandangan bahawa sumbangan SiKAP terhadap pengurangan kemalangan tidak boleh diukur secara berasingan, kerana kemalangan jalan raya dipengaruhi oleh pelbagai faktor, termasuk tingkah laku pengguna jalan raya, keadaan jalan, kenderaan dan persekitaran.

Walau bagaimanapun, SiKAP kekal sebagai salah satu instrumen penting keselamatan jalan raya, khususnya dalam mengenal pasti dan memantau kesalahan pemanduan yang berisiko. InsyaAllah, Kementerian melalui Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) akan terus meneliti data kesalahan bagi mengenal pasti corak pemanduan berisiko dan ruang penambahbaikan yang bersesuaian.

Kedua – Pelaksanaan dan mata demerit. Berdasarkan rekod JPD bagi tempoh 2024 sehingga Jun 2026, sebanyak 407 kes telah dikenakan mata SiKAP. Antara tiga kesalahan terbanyak dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ialah:

i. memandu kenderaan dengan tayar botak – 180 kes, 3 mata demerit;
ii. muatan jatuh dari kenderaan sehingga membahayakan pengguna jalan raya – 67 kes, 3 mata demerit; dan
iii. memandu tanpa lesen memandu yang sah – 38 kes, 6 mata demerit.

iv. Bagi penggunaan telefon bimbit semasa memandu, yang boleh dikenakan 12 mata SiKAP, sebanyak 3 kes direkodkan pada 2024, 11 kes pada 2025 dan 4 kes pada 2026, setakat Julai.

Angka-angka ini menunjukkan bahawa penguatkuasaan perlu terus disokong oleh pendidikan dan pencegahan, kerana matlamat kita bukan sekadar merekod kesalahan, tetapi mengurangkan tingkah laku berisiko di jalan raya.

Ketiga – Tindakan terhadap lesen memandu. Setakat ini, belum ada lesen pemandu yang digantung di bawah SiKAP. Bagi pembatalan lesen, tindakan adalah tertakluk kepada peruntukan undang-undang dan keadaan kes yang berkenaan. Dalam konteks ini, perkara yang penting ialah memastikan sistem dapat mengenal pasti pemandu yang melakukan kesalahan secara berulang, supaya tindakan yang bersesuaian dapat diambil mengikut tahap kesalahan dan peruntukan yang ditetapkan.

Dengan yang demikian, keberkesanan SiKAP bukan hanya diukur melalui jumlah mata yang diberikan, tetapi juga sejauh mana maklumat tersebut dapat digunakan untuk mencegah kesalahan berulang dan meningkatkan keselamatan jalan raya.

Keempat – Penambahbaikan melalui digitalisasi. Kementerian berpandangan bahawa SiKAP perlu terus diperkukuhkan selaras dengan perkembangan teknologi dan keperluan penguatkuasaan masa kini. Sehubungan itu, penambahbaikan akan dilaksanakan melalui fasa kedua Projek Pendigitalan Perkhidmatan-Perkhidmatan Pengangkutan Darat (DriveBN) di bawah Rancangan Kemajuan Negara Ke-12.

Antara penambahbaikan ialah fungsi pengiraan mata demerit secara automatik, yang akan mengurangkan proses manual dan memastikan pengiraan dibuat dengan lebih konsisten.

Melalui fungsi Application Programming Interface (API) Integration, DriveBN juga akan membolehkan perkongsian dan pemantauan maklumat mata demerit dengan lebih berkesan oleh agensi-agensi penguatkuasaan yang berkaitan.

Dengan sistem yang lebih bersepadu, rekod kesalahan dapat digunakan dengan lebih cepat untuk mengenal pasti pemandu yang mempunyai tren kesalahan berulang dan membolehkan tindakan yang bersesuaian diambil.

Kelima – Hala tuju keselamatan jalan raya. Penambahbaikan SiKAP tidak dilihat sebagai satu usaha yang berdiri sendiri. Ia merupakan sebahagian daripada pendekatan keselamatan jalan raya yang lebih menyeluruh, meliputi pendidikan, pencegahan, penguatkuasaan, infrastruktur, teknologi serta penggunaan data yang lebih baik.

Kita tidak mahu SiKAP hanya menjadi sistem untuk merekod kesalahan selepas ia berlaku. Sebaliknya, kita mahu ia menjadi alat pencegahan yang membantu mengenal pasti tingkah laku berisiko dan membolehkan tindakan dibuat sebelum kesalahan tersebut membawa kepada kemalangan yang lebih serius.

Oleh itu, Kementerian akan terus menilai dan memperkukuhkan SiKAP berdasarkan data dan perkembangan semasa, termasuk dari segi pengiraan mata, perkongsian maklumat, penguatkuasaan dan fungsi pencegahannya.

Ingin dirangkumkan pendekatan ini dengan satu matlamat: kita bukan mahu mempunyai sistem yang mencatat sebanyak mungkin mata demerit, tetapi sistem yang dapat membantu mengubah tingkah laku pemandu, mencegah kesalahan berulang dan, pada akhirnya, mengurangkan risiko kemalangan serta melindungi nyawa semua pengguna jalan raya.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.