Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL316
SOALAN
Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir
YANG BERHORMAT AWANG HAJI SULAIMAN BIN HAJI NASIR meminta MENTERI EKONOMI, PERDAGANGAN DAN INDUSTRI menyatakan sejauh manakah kadar pertumbuhan penduduk semasa memenuhi sasaran pembangunan negara, dan apakah strategi kerajaan untuk memastikan pertumbuhan penduduk selaras dengan keperluan pembangunan dan menyokong pembangunan ekonomi negara?
JAWAPAN
Yang Berhormat Menteri Ekonomi, Perdagangan dan Industri
Berdasarkan Anggaran Penduduk 2025 dan unjuran Jabatan Perangkaan, jumlah penduduk Negara Brunei Darussalam dijangka meningkat daripada 458,600 orang pada tahun 2025 kepada 511,100 orang menjelang tahun 2035, dengan kadar pertumbuhan purata tahunan sebanyak 1.1 peratus. Dalam tempoh tersebut, jumlah penduduk diunjurkan bertambah seramai 52,500 orang. Dari segi tenaga kerja, penduduk dalam kumpulan umur bekerja (15–64 tahun) juga diunjurkan meningkat daripada 331,500 orang kepada 359,500 orang menjelang tahun 2035. Peningkatan ini dijangka dapat menyokong pertumbuhan ekonomi negara melalui pertambahan tenaga kerja yang produktif serta memenuhi keperluan pembangunan pelbagai sektor ekonomi.
Bagi memastikan pertumbuhan penduduk dalam kumpulan umur bekerja dapat menyokong pembangunan ekonomi negara, Kerajaan akan terus memperkukuh pembangunan modal insan dengan memastikan tenaga kerja memiliki kemahiran yang memenuhi permintaan industri semasa dan masa hadapan. Di samping itu, pembangunan sektor-sektor strategik akan dipercepat serta pelaburan langsung asing (FDI) yang berkualiti akan terus diperkasa bagi mewujudkan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi dan bernilai tambah. Usaha ini dijangka meningkatkan kadar penyertaan tenaga buruh, memperluas peluang pekerjaan yang bermakna, serta memperkukuh produktiviti dan kapasiti ekonomi negara ke arah mencapai sasaran KDNK sebanyak BND30.9 bilion menjelang tahun 2035, serta mencapai sasaran pertumbuhan KDNK sebanyak 4 peratus secara purata menjelang tahun 2035.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.