Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Source: https://www.majlis-mesyuarat.gov.bn/wp-content/uploads/2026/08/Jawapan-Pertanyaan-Jawab-Lisan-Secara-Bertulis-050826-Hari-Kedua.pdf

Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL260

SOALAN

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Rahman bin Haji Ibrahim

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim meminta Menteri Ekonomi, Perdagangan dan Industri menyatakan isu-isu kritikal yang dibangkitkan oleh PMKS dalam forum atau engagement BEDB serta apakah way-forward yang diusahakan oleh BEDB dalam membantu meringankan pengusaha-pengusaha ini dalam menangani masalah mereka, terutamanya dalam memudahkan aktiviti perniagaan; akses kepada kemudahan kewangan serta memperbaiki business environment supaya lebih kondusif, berdaya saing, dan berdaya tahan?

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri Ekonomi, Perdagangan dan Industri

Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei (BEDB) memperkukuh ekosistem perniagaan melalui kerjasama dengan pihak-pihak berkepentingan, termasuk dewan-dewan dan persatuan-persatuan perniagaan.

Melalui MSME Roundtable Series, BEDB Engagement Series dan sesi-sesi dialog, BEDB menghimpunkan komuniti perniagaan dan agensi-agensi Kerajaan bagi memahami cabaran yang dihadapi oleh PMKS serta menjelaskan proses dan perkhidmatan Kerajaan.

BEDB turut bekerjasama dengan Jabatan Daerah Belait dan Belait District Business Community (BDBC) bagi menyokong perkembangan aktiviti perekonomian di Daerah Belait.

Meja Bantuan Perniagaan BEDB (BEDB Business Helpdesk) pula berfungsi sebagai saluran rujukan bagi para pengusaha dan orang ramai untuk mengemukakan pertanyaan serta mendapatkan panduan berkaitan proses dan ekosistem perniagaan.

Antara isu kritikal yang dikenal pasti ialah proses pengawalseliaan dan kelulusan yang kurang jelas atau mengambil masa, kesukaran mendapatkan pembiayaan, kekurangan tenaga kerja mahir dan keupayaan perniagaan, kos operasi dan logistik yang tinggi, akses pasaran yang terhad serta keterbatasan kapasiti PMKS tempatan untuk memenuhi keperluan kontrak dan rantaian pembekalan.

Bagi menangani isu-isu tersebut, BEDB akan terus memberi tumpuan kepada usaha-usaha berikut:

  • memperkukuh pemudahcaraan perniagaan melalui BEDB Business Helpdesk, sesi dialog dan rujukan kepada agensi-agensi berkaitan;

  • memperluas akses kepada pembiayaan melalui Skim Co-Matching, Growth Facilitation Fund, Angel Investing Network, Startup Catalyst Fund serta kerjasama dengan institusi perbankan;

  • meningkatkan kapasiti dan produktiviti PMKS tempatan melalui latihan, bimbingan, penerapan teknologi dan sokongan pensijilan;

  • memperluas akses pasaran (market access) melalui Bruneian Made, Kontena Park, Brunei MSME Festival, ekspo, pemadanan perniagaan (business matching) dan sokongan kesiapsiagaan eksport; dan

  • meningkatkan penyertaan PMKS tempatan dalam rantaian pembekalan melalui DARe LINKS, i-Usahawan dan kerjasama dengan syarikat-syarikat besar.

Usaha ini bertujuan membantu mewujudkan persekitaran perniagaan yang lebih kondusif, berdaya saing, berdaya tahan dan pro-perniagaan.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.