Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Source: https://www.majlis-mesyuarat.gov.bn/wp-content/uploads/2026/08/Jawapan-Pertanyaan-Jawab-Lisan-Secara-Bertulis-110826-Hari-Keenam.pdf

Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL291

SOALAN

Yang Berhormat Awang Lawi bin Haji Lamat

YANG BERHORMAT AWANG LAWI BIN HAJI LAMAT meminta MENTERI PEMBANGUNAN menyatakan merujuk Seksyen 57 Akta Kawalan Bangunan yang menetapkan penyenggaraan premis sebagai tanggungjawab pemilik, berapakah jumlah kompaun dan notis dikeluarkan terhadap pemilik bangunan yang tidak mematuhi standard kebersihan dan keselamatan, dan apakah langkah penguatkuasaan lebih agresif dirancang bagi mengurangkan kebergantungan kepada kerajaan?

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri Pembangunan

Untuk makluman, Seksyen 57 Akta Kawalan Bangunan (Penggal 256) memperuntukkan bahawa pemilik dan penghuni bangunan komersial adalah bertanggungjawab memastikan bangunan serta kawasan sekitarnya sentiasa berada dalam keadaan bersih, selamat dan diselenggara dengan baik. Justeru, tanggungjawab penyelenggaraan adalah tanggungjawab pemilik dan penghuni bangunan, dan bukannya kerajaan.

Setakat ini tidak ada kompaun yang dikenakan bagi Seksyen 57. Dalam melaksanakan peruntukan ini, pendekatan Kementerian pada masa ini adalah memberi penekanan kepada pematuhan melalui perundingan, penyelarasan dan mengeluarkan surat teguran. Pendekatan ini telah berjaya menyelesaikan beberapa isu-isu penyelenggaraan bangunan komersial.

Sebagai contoh, bagi kawasan komersial Bangunan Muhibbah I dan II, Kampung Menglait, sebanyak lima (5) surat teguran telah dikeluarkan sejak tahun 2023, di samping beberapa sesi perbincangan bersama pemaju, pemilik bangunan dan penghuni. Hasil penyelarasan tersebut, kerja-kerja pembaikan jalan telah berjaya disiapkan pada 14 Oktober 2025.

Begitu juga di kawasan komersial Batu Bersurat, sebanyak enam (6) surat teguran telah dikeluarkan kepada pihak pemaju sehingga persetujuan berjaya dicapai untuk melaksanakan pembaikan jalan, yang telah disiapkan pada 3 November 2025. Manakala bahagian jalan yang telah diserahkan kepada kerajaan telah dibaiki oleh Jabatan Jalan Raya.

Bagi memperkukuhkan penguatkuasaan, Kementerian telah merangka beberapa langkah secara berfasa, seperti berikut:

Sebagai langkah segera, ABCi telah memberikan Delegation of Power di bawah Seksyen 3(2), Akta Kawalan Bangunan (Penggal 256), berkuat kuasa mulai 25 Oktober 2025, kepada Jabatan Bandaran, Jabatan-Jabatan Daerah, Jabatan Kemajuan Perumahan dan Jabatan Kemajuan Pelancongan bagi melaksanakan kuasa di bawah Seksyen 57. Sehingga kini agensi-agensi berkenaan telah pun mengeluarkan surat teguran bagi kawasan kawalan masing-masing.

Kementerian turut mengadakan beberapa siri taklimat kepada agensi-agensi berkenaan pada 21 hingga 23 Oktober 2025 serta 2 Julai 2026 mengenai tatacara pengendalian aduan dan pelaksanaan tindakan penguatkuasaan.

Kementerian Pembangunan akan meneruskan kerjasama dengan agensi/jabatan yang telah diberikan kuasa untuk memperkukuhkan program kesedaran melalui sesi dialog, taklimat dan hebahan kepada pemilik bangunan mengenai tanggungjawab mereka di bawah Akta Kawalan Bangunan (Penggal 256). Pendekatan ini bertujuan memupuk amalan baik penyelenggaraan secara proaktif dalam kalangan pemilik bangunan, manakala tindakan penguatkuasaan akan digunakan sebagai langkah terakhir terhadap pihak yang masih gagal mematuhi peruntukan undang-undang.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.