Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL237
SOALAN
Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin
Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin meminta Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri memberikan penerangan berkenaan persembahan bakat seperti talent show kanak-kanak dan sebagainya serta jika boleh dibenarkan pada masa tertentu, tertakluk kepada syarat dan kebenaran Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri bagi aktiviti hiburan awam bagi menyemarakkan acara keramaian seperti bazaar dan consumer fair serta menyokong perniagaan tempatan?
JAWAPAN
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri
Mana-mana penganjuran persembahan, termasuk talent show kanak-kanak, hendaklah mematuhi Akta Hiburan Awam (Penggal 181) serta mendapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada Unit Hiburan Awam, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Penganjuran juga tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan, termasuk keperluan memiliki Sijil Perakuan Bomba yang sah, pematuhan kepada waktu persembahan yang dibenarkan serta larangan mengadakan hiburan awam.
Selain itu, setiap persembahan akan diteliti dan ditapis oleh Ahli-Ahli Panel Penapisan Filem dan Hiburan Orang Ramai yang dilantik oleh Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Penelitian tersebut merangkumi kandungan persembahan, pemilihan lagu dan lirik, pakaian serta penampilan peserta, bagi memastikan persembahan tidak menjejaskan keselamatan, menyentuh sensitiviti keagamaan dan sosio-budaya, atau bercanggah dengan nilai agama, adat resam, budaya dan ketatasusilaan Negara Brunei Darussalam.
Kementerian pada dasarnya tidak mempunyai halangan terhadap penganjuran persembahan bakat, termasuk talent show kanak-kanak, selagi semua keperluan undang-undang dan syarat kelulusan dipatuhi. Pendekatan ini bertujuan memastikan aktiviti hiburan awam dilaksanakan secara terkawal, selamat dan berhemah, di samping menyediakan ruang yang sesuai bagi mencungkil dan mengembangkan bakat tempatan.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.