Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL310
SOALAN
Yang Berhormat Awang Haji Md. Salleh bin Haji Othman
YANG BERHORMAT AWANG HAJI MOHD. SALLEH BIN HAJI OTHMAN meminta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan strategi dan pelan tindakan kerajaan untuk mencegah keganasan di kalangan pelajar melalui pendekatan menyeluruh yang melibatkan intervensi awal, pendidikan sahsiah, kesihatan mental, keselamatan sekolah serta kerjasama ibu bapa dan agensi berkaitan?
JAWAPAN
Yang Berhormat Menteri Pendidikan
Kementerian Pendidikan memandang serius apa jua isu ketidakpatuhan disiplin yang berlaku di sekolah sekalipun tidaklah sampai pada tahap keganasan. Pelbagai pendekatan secara Whole-School Approach telah dilaksanakan, iaitu:
Pertama, melalui pemantauan dan pengurusan disiplin. Jabatan Sekolah-Sekolah melalui Unit Kesejahteraan Pelajar melaksanakan pengumpulan data kes disiplin bagi mengenal pasti trend serta merancang program intervensi yang lebih berfokus. Kementerian juga mempunyai Buku Peraturan dan Panduan Disiplin Institusi Pendidikan Kerajaan sebagai panduan sekolah. Di samping itu, beberapa tindakan pemulihan juga dilaksanakan, seperti internal suspension dengan sesi kaunseling, program pembangunan sahsiah, khidmat masyarakat, serta program pembinaan tarbiyah.
Kedua, melalui Program Sahsiah Pelajar (PSP) yang berteraskan komponen Fizikal, Kerohanian, Kreativiti dan Perkhidmatan, pelajar dipupuk dengan nilai disiplin, kepimpinan, kawalan emosi dan saling menghormati. Program ini diperkukuh melalui aktiviti pembinaan karakter, pembangunan daya tahan (resilience) serta Kumpulan Bertindak A.T.E.A.M. yang meningkatkan kesedaran mengenai isu sosial.
Ketiga, melalui Program Pembimbing Rakan Remaja (PRR) dan Program BEST (Bantu, Empati, Sokongan, Tanggungjawab) yang dilaksanakan oleh Bahagian Kaunseling. Program-program ini adalah bagi memelihara kesejahteraan dan kesihatan mental dengan memberikan sokongan psikososial, membina empati, dan mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat dan inklusif.
Keempat, melalui Program G.I.N.I.S., Five Minutes Talk serta Program Kesedaran Anti-Buli dan Keselamatan Jalan Raya, termasuk Pertandingan Drama Anti-Buli Sekolah-Sekolah Rendah Senegara dan Pertandingan Sketsa Keselamatan Jalan Raya Sekolah-Sekolah Rendah dan Menengah Senegara bagi meningkatkan kesedaran mengenai disiplin, keselamatan dan pencegahan keganasan.
Pelaksanaan program-program ini juga diperkukuh melalui kerjasama erat antara sekolah, ibu bapa, masyarakat serta agensi seperti Pasukan Polis Diraja Brunei, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, Pusat Dakwah Islamiah dan agensi berkaitan yang lain.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.