Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Source: https://www.majlis-mesyuarat.gov.bn/wp-content/uploads/2026/08/Jawapan-Pertanyaan-Jawab-Lisan-Secara-Bertulis-110826-Hari-Keenam.pdf

Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL292

SOALAN

Yang Berhormat Awang Haji Daud bin Jihan

YANG BERHORMAT AWANG HAJI DAUD BIN JIHAN meminta MENTERI KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN menyatakan strategi baharu, pendekatan bersepadu dan langkah proaktif yang akan dilaksanakan bagi mengenal pasti, membimbing serta meningkatkan kebolehpasaran golongan belia yang tidak bekerja, tidak melanjutkan pelajaran dan tidak mengikuti latihan kemahiran (NEET) dan apakah tindakan bagi memastikan mereka dapat menyertai pasaran pekerjaan atau latihan kemahiran secara berkesan?

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan

Dengan jumlah penduduk Negara Brunei Darussalam sekitar 469,775 orang dan lebih kurang 1/3 daripadanya terdiri daripada golongan belia berusia di bawah 35 tahun, jelas bahawa belia adalah aset utama yang perlu digarap dan diperkasa.

Dalam konteks ini, seperti yang dikongsikan oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmadin bin Haji Abdul Rahman Menteri Penyelaras Bagi Dasar-Dasar Sosial dan Tenaga Manusia dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri semasa Perbahasan Usul Menyokong Penyelarasan Ke arah Mencapai Wawasan Brunei 2035 pada 3 Ogos 2026 berkenaan data Pusat Pekerjaan Brunei setakat Jun 2026; terdapat 14,976 pencari kerja aktif, di mana 79 peratus atau 11,876 orang berumur di antara 21 hingga 35 tahun. Data ini menunjukkan bahawa isu penyertaan belia dalam pasaran pekerjaan perlu ditangani secara menyeluruh, dengan mengambil kira kepelbagaian latar belakang dan tahap kelayakan mereka.

Sehubungan itu, dalam menangani isu belia NEET, usaha Kementerian adalah berteraskan pengukuhan dan penyelarasan strategi dan dasar Kementerian dengan tiga blueprint utama negara iaitu Manpower Blueprint, Social Blueprint dan Economic Blueprint, yang menjadi rangka kerja panduan dalam pembangunan belia dan tenaga kerja secara menyeluruh.

Pembangunan belia merupakan agenda multi-sektor yang memerlukan kerjasama erat antara pelbagai kementerian, agensi kerajaan, sektor swasta, pertubuhan bukan kerajaan dan komuniti.

Dalam konteks itu, peranan KKBS adalah sebagai salah satu agensi pelaksana yang memberi tumpuan kepada intervensi langsung di peringkat akar umbi, termasuklah golongan NEET, melalui program kemahiran, pembentukan sahsiah dan bimbingan kerjaya serta pembangunan keusahawanan.

Pusat Pembangunan Belia di bawah KKBS menawarkan kursus jangka pendek yang marketable dalam bidang teknologi digital, kulinari, reka bentuk grafik, pemasaran media sosial, multimedia, asas AI dan pembangunan laman sesawang – bagi membantu belia yang tidak mempunyai kemahiran industri yang relevan dapat melatih semula keupayaan mereka (reskilling) atau meningkatkan kemahiran yang ada (upskilling).

Selain itu, pendekatan yang diambil turut memfokuskan kepada peralihan minda keusahawanan dengan menggalakkan belia untuk menjadi pencipta kerja. Kementerian telah memperkasa belia melalui pelbagai platform keusahawanan seperti program kemahiran keusahawanan, penyediaan inkubator dan skim pembiayaan. Antaranya adalah Skim BizBelia yang merupakan skim pembiayaan mikro patuh syariah bagi usahawan belia mendapatkan sumber kewangan daripada institusi kewangan. Inisiatif ini juga diperkukuhkan dengan elemen bimbingan (mentoring) bagi memastikan usahawan muda mempunyai visi perniagaan yang mampan. Setakat April 2026, 4 orang belia telah berjaya mendapatkan micro-financing di bawah Skim ini.

Usaha pemantapan jati diri dan kepimpinan merupakan agenda kritikal dalam meningkatkan kebolehpasaran golongan belia NEET. Bermula tahun ini, Program Khidmat Bakti Negara telah dikemaskini menerusi pelanjutan tempoh latihan daripada 3 kepada 6 bulan, yang mana Projek Rintis PKBN 6 bulan mula dilaksanakan pada 9 Ogos 2026 dengan jumlah 28 orang pelatih. Pengisian modul dan kurikulum yang telah dikemaskini, dengan kerjasama pelbagai agensi Kerajaan dan sektor swasta, dengan hasrat untuk menjadi platform bagi mengukuhkan ilmu pengetahuan serta kemahiran para pelatih, yang relevan dengan keperluan pada masa ini.

Komponen pelaksanaan PKBN yang memfokuskan kepada pembangunan jati diri, disiplin, semangat patriotik, keagamaan, dan ketahanan mental serta fizikal akan terus dikendalikan, dan diperkasa lagi dengan pengenalan komponen baharu iaitu Komponen Siap Siaga Masa Depan, dan Komponen Program Pertahanan Awam. Dua komponen baharu tersebut akan memfokuskan kepada pembangunan kemahiran para pelatih dalam bidang keusahawanan secara intensif dari aspek teori dan praktikal. Dalam masa yang sama, komponen tersebut juga turut memberi pendedahan mendalam dari segi tugas serta tanggungjawab pasukan-pasukan beruniform iaitu; Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Pasukan Polis Diraja Brunei, dan juga Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Pada masa yang sama, berdasarkan maklumat yang telah dikongsikan daripada Kementerian Pendidikan, antara strategi proaktif yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan. Antaranya adalah seperti berikut:

  • Projek Cohort Tracking: Penggunaan mekanisme pengesanan sistematik bagi mengenal pasti lepasan pelajar GCE O' Level, IGCSE, program BTEC, dan Pra-Vokasional yang tercicir daripada sistem pendidikan dan pasaran kerja.

  • Pensejajaran Skim Biasiswa Pendidikan Teknikal dan Vokasional (BPTV) dan TVET: Memberikan peluang kedua kepada belia yang memperoleh keputusan akademik rendah untuk mengikuti latihan kemahiran teknikal yang diiktiraf di bawah Brunei Darussalam Qualifications Framework (BDQF).

  • Program Peningkatan Akademik (Pusat Pembelajaran Sepanjang Hayat, L3): Penyediaan kelas malam bagi mata pelajaran teras (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik D) untuk membantu belia meningkatkan kelulusan akademik bagi memenuhi syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi.

  • Pemerkasaan Minda Keusahawanan: Melalui Pusat Keusahawanan Inovasi (EIC), platform seperti EIC Virtual Reality dan pertandingan seperti BigStart digunakan untuk memupuk growth mindset dan membina kebolehpasaran belia melalui kemahiran inovasi.

Usaha ini turut disokong dengan adanya penubuhan Menteri-Menteri Penyelaras di bawah Jawatankuasa baharu, yang bertindak sebagai pemudah cara menyelaras isu merentas kementerian – memastikan intervensi pihak Kerajaan terhadap belia NEET dapat dilengkapi dengan dasar dan peluang daripada agensi lain secara bersepadu.

Kesemua inisiatif ini adalah saling melengkapi dan sebahagian daripada usaha memastikan belia, termasuk golongan NEET, tidak tercicir dan dapat menyumbang secara bermakna kepada pembangunan sosioekonomi negara.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.