Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL259
SOALAN
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Rahman bin Haji Ibrahim
YANG BERHORMAT PEHIN ORANG KAYA LAILA SETIA DATO SERI SETIA AWANG HAJI ABDUL RAHMAN BIN HAJI IBRAHIM meminta MENTERI EKONOMI, PERDAGANGAN DAN INDUSTRI menyatakan inisiatif-inisiatif baharu yang akan dilaksanakan bagi mempercepatkan perkembangan PMKS, khususnya dalam merealisasikan usaha, meningkatkan keupayaan, dan mempelbagaikan pasaran bagi memastikan pertumbuhan PMKS yang mampan dan berdayatahan dalam jangka panjang; apakah terdapat kesan positif dari pelaksanaan inisiatif-inisiatif tersebut, terutama ke arah membesarkan lagi economic pie serta pembukaan peluang pekerjaan baru.
JAWAPAN
Yang Berhormat Menteri Ekonomi, Perdagangan dan Industri
Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei (BEDB) terus memperkukuh pembangunan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) melalui program dan bentuk sokongan yang mengambil kira tahap perkembangan, potensi pertumbuhan serta keperluan pasaran setiap perusahaan.
Dalam hubungan ini, BEDB turut memperkukuh kolaborasi dengan dewan-dewan dan persatuan-persatuan perniagaan bagi memahami keperluan industri, memperluas jaringan perniagaan serta meningkatkan akses PMKS tempatan kepada maklumat, peluang pasaran dan kerjasama strategik.
Antara inisiatif baharu dan penambahbaikan yang sedang dilaksanakan atau dirancang ialah:
-
Tech Enablement Programme: Membantu PMKS tempatan mengadaptasi penyelesaian digital secara bersubsidi bagi meningkatkan kecekapan, produktiviti dan pengurusan perniagaan. Sejak dilancarkan pada Mei 2025, sebanyak 66 syarikat telah berdaftar dan 48 telah menggunakan program tersebut.
-
Growth Facilitation Fund: Menyokong syarikat di bawah program Elevate untuk melaksanakan strategi pertumbuhan berimpak tinggi seperti penggunaan teknologi dan mesin, penjenamaan, penyelidikan dan pembangunan, pengantarabangsaan serta khidmat pakar. Pembiayaan boleh diberikan sehingga 60 peratus daripada kos yang layak, dengan jumlah maksimum BND100,000 bagi setiap syarikat.
-
Startup Catalyst Fund: Menyediakan pelaburan padanan bersama firma venture capital serantau kepada startup atau PMKS tempatan yang berpotensi tinggi yang ingin menembusi pasaran luar negara, di samping membuka akses kepada kepakaran, rangkaian dan pasaran serantau.
-
Angel Investing Network: Menghubungkan PMKS dan startup tempatan dengan pelabur yang boleh menawarkan modal, pengalaman dan bimbingan perniagaan.
-
Product Development dan Market Entry: Membantu PMKS tempatan meningkatkan kualiti produk, pembungkusan, pelabelan dan pematuhan sebelum melaksanakan market trial dan memasuki pasaran sasaran.
-
Pengukuhan ekosistem Startup dan iCentre: Memperkukuh program inkubasi melalui kerjasama dengan ecosystem enablers tempatan dan serantau bagi membantu startup membangunkan produk, mendapatkan pelanggan dan menarik pelaburan.
Kesan positif yang disasarkan melalui inisiatif-inisiatif ini ialah peningkatan produktiviti dan hasil jualan, peluasan pasaran dan eksport, penggantian import, peningkatan pelaburan dalam syarikat tempatan serta pembukaan peluang pekerjaan baharu. Secara keseluruhan, perkembangan ini diharap dapat memperluas aktiviti ekonomi serta memperkukuh pertumbuhan dan daya tahan PMKS tempatan dalam jangka panjang.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.