Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Source: https://www.majlis-mesyuarat.gov.bn/wp-content/uploads/2026/08/Jawapan-Pertanyaan-Jawab-Lisan-Secara-Bertulis-060826-Hari-Ketiga.pdf

Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL225

SOALAN

Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee

YANG BERHORMAT DAYANG CHONG CHIN YEE meminta MENTERI KEWANGAN II menyatakan sama ada Peraturan-Peraturan Kewangan, 2022 akan dikaji semula bagi memperkenalkan Kad Kredit Korporat Kerajaan atau kemudahan wang panjar digital untuk pembayaran rasmi langganan perkhidmatan AI dan digital yang diluluskan, sementara menunggu pembangunan inisiatif AI sektor awam.

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri Kewangan II

Kementerian Kewangan sentiasa mengemas kini Peraturan-Peraturan Kewangan dari semasa ke semasa bagi memastikan ia kekal relevan dengan perubahan keperluan operasi, perkembangan teknologi serta amalan tadbir urus yang baik. Pengemaskinian ini juga bertujuan untuk memastikan kawalan dalaman (internal controls) terus diperkukuhkan bagi melindungi wang Kerajaan dan memastikan pengurusan kewangan dilaksanakan secara cekap, telus dan berakauntabiliti. Sebagai contoh, beberapa peraturan dan tatacara kewangan telah disesuaikan bagi menyokong proses-proses baharu yang diperkenalkan melalui pelaksanaan sistem TAFIS 2.0.

Kementerian Kewangan menyambut baik sebarang cadangan yang dapat menyokong agenda transformasi digital negara serta meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam selaras dengan aspirasi Wawasan Brunei 2035. Berhubung cadangan memperkenalkan Kad Kredit Korporat Kerajaan atau wang panjar digital (Digital Petty Cash), perkara ini perlu diteliti secara menyeluruh terlebih dahulu bagi memastikan pelaksanaannya disokong oleh sistem, peraturan, prosedur serta mekanisme kawalan dan pemantauan kewangan yang mantap (strong financial governance).

Selain itu, penelitian juga perlu mengambil kira aspek keselamatan siber, pengurusan risiko, pematuhan kepada peraturan kewangan, akauntabiliti, serta implikasi kewangan dan perundangan bagi memastikan penggunaan kemudahan tersebut tidak mendedahkan Kerajaan kepada risiko penyalahgunaan, penyelewengan atau pembaziran.

Dengan pendekatan ini, Kementerian Kewangan yakin bahawa sebarang inisiatif pendigitalan yang diperkenalkan bukan sahaja dapat meningkatkan kecekapan operasi Kerajaan, malah turut mengekalkan integriti, akauntabiliti dan tadbir urus kewangan yang kukuh dalam pengurusan wang awam.

Di samping itu, sebagai komitmen berterusan Kerajaan dalam menyokong agenda transformasi digital, Kementerian Kewangan melalui Jabatan Perbendaharaan telah bekerjasama dengan pihak National Digital Payments Network Sdn Bhd (ndpx) untuk melaksanakan penggunaan TARUS. Pelaksanaan inisiatif ini merupakan satu langkah penting ke arah memperluaskan penggunaan pembayaran tanpa tunai (cashless payment) dalam sektor awam, sekaligus menjadikan urusan penerimaan bayaran lebih cepat, mudah, selamat dan cekap bagi orang ramai serta agensi Kerajaan.

Inisiatif ini mencerminkan usaha-usaha ke arah mendigitalkan perkhidmatan awam serta membolehkan urusan penerimaan bayaran dilaksanakan dengan lebih cekap dan mudah. Berikutan pelaksanaan inisiatif ini, pihak ndpx kini turut bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan bagi melaksanakan penggunaan platform yang sama dalam penyampaian perkhidmatan mereka.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.