Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Source: https://www.majlis-mesyuarat.gov.bn/wp-content/uploads/2026/08/Jawapan-Pertanyaan-Jawab-Lisan-Secara-Bertulis-060826-Hari-Ketiga.pdf

Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL249

SOALAN

Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya'akub

YANG BERHORMAT AWANG HAJI MOHAMAD DANIAL @ TEKPIN BIN YA'AKUB meminta MENTERI EKONOMI, PERDAGANGAN DAN INDUSTRI menyatakan apakah strategi kerajaan untuk menarik pelaburan langsung asing (FDI) yang mampu menghasilkan pekerjaan bernilai tinggi, pemindahan teknologi dan pembangunan modal insan tempatan? Adakah insentif FDI dikaitkan dengan jumlah pekerjaan yang diwujudkan untuk rakyat tempatan?

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri Ekonomi, Perdagangan dan Industri

Kerajaan terus memberi fokus kepada menarik pelaburan langsung asing (FDI) yang bernilai tinggi (high-value) dan berimpak tinggi (high-impact) selaras dengan usaha mempelbagaikan ekonomi negara dan mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih berkualiti untuk rakyat tempatan.

Pada asasnya, pekerjaan bernilai tinggi dijana oleh projek FDI yang bernilai tinggi. Oleh itu, Kerajaan memberi keutamaan kepada pelaburan yang membawa aktiviti ekonomi yang mempunyai nilai tambah tinggi, penggunaan teknologi moden, serta memerlukan tenaga kerja yang berkemahiran dan berpengetahuan tinggi.

Di samping itu, Kerajaan menggalakkan FDI yang dapat menyumbang kepada:

  • Pemindahan teknologi, pengetahuan dan amalan terbaik industri;
  • Pembangunan modal insan tempatan melalui latihan dan peningkatan kemahiran;
  • Penyelidikan, inovasi dan penggunaan teknologi baharu; dan
  • Pembangunan rantaian nilai serta peluang perniagaan untuk syarikat tempatan.

Mengenai insentif FDI, penciptaan pekerjaan untuk rakyat tempatan merupakan antara faktor penting yang dipertimbangkan. Walau bagaimanapun, penilaian sesuatu projek tidak hanya tertumpu kepada jumlah pekerjaan yang diwujudkan, tetapi juga kepada kualiti pekerjaan tersebut, tahap kemahiran yang dibangunkan, pemindahan teknologi yang dibawa, serta impak ekonomi jangka panjang kepada Negara Brunei Darussalam.

Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei (BEDB) akan terus berperanan sebagai pusat rujukan, dan dalam menyelaras serta memudahcara kemajuan projek-projek FDI, dari fasa penerokaan komersial dan perancangan, hingga ke fasa pembinaan, pengoperasian dan perkembangan perniagaan (business expansion).

Pada ketika ini, BEDB akan terus mempromosikan NBD sebagai destinasi pelaburan yang menarik dan berdaya saing, terutama dalam lima sektor utama yang dikenal pasti dan berpotensi termasuk:

  • Industri Hiliran Minyak dan Gas;
  • Sektor Pemakanan, termasuk pemprosesan makanan, akuakultur dan ternakan;
  • Sektor Perkhidmatan;
  • Sektor Info-Komunikasi dan Teknologi; dan
  • Sektor Pelancongan.

BEDB telah mengenal pasti bidang-bidang (subsektor) yang mempunyai potensi untuk dikembangkan melalui projek-projek FDI, terutama:

  • Pekerjaan Bernilai Tinggi dan berkemahiran, termasuk jawatan dalam operasi loji, kejuruteraan operasi dan penyelenggaraan, instrumentasi dan sistem kawalan, automasi industri, keselamatan dan kesihatan pekerjaan, kawalan mutu, penyelidikan dan pembangunan, teknologi pemprosesan makanan, akuakultur serta teknologi peralihan tenaga dan hidrogen.

  • Pemindahan teknologi dan pengetahuan, khususnya melalui penggunaan automasi industri seperti Programmable Logic Controller dan Supervisory Control and Data Acquisition, sistem instrumentasi dan kawalan, teknologi operasi dan penyelenggaraan loji, teknologi pemprosesan makanan, akuakultur, penyelidikan makmal, jaminan kualiti serta teknologi berkaitan peralihan tenaga.

  • Perkembangan Modal Insan melalui latihan teknikal, peningkatan dan pengkhususan kemahiran serta pendedahan kepada operasi industri sebenar. Bidang latihan yang dikenal pasti termasuk operasi loji pemprosesan, penyelenggaraan mekanikal dan elektrikal, instrumentasi dan kawalan, automasi industri, keselamatan proses, pemeriksaan dan kawalan mutu, logistik industri, akuakultur, pengurusan ladang, teknologi pemprosesan makanan, keselamatan makanan, latihan makmal serta kemahiran teknikal seperti kimpalan, fabrikasi dan pengendalian peralatan berat.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.