Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Source: https://www.majlis-mesyuarat.gov.bn/wp-content/uploads/2026/08/Jawapan-Pertanyaan-Jawab-Lisan-Secara-Bertulis-050826-Hari-Kedua.pdf

Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL250

SOALAN

Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya'akub

YANG BERHORMAT AWANG HAJI MOHAMAD DANIAL @ TEKPIN BIN YA'AKUB meminta MENTERI EKONOMI, PERDAGANGAN DAN INDUSTRI menyatakan apakah langkah-langkah yang sedang dilaksanakan bagi memperkukuhkan keselamatan ekonomi, keselamatan tenaga dan keselamatan makanan sebagai sebahagian daripada agenda keselamatan negara?

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri Ekonomi, Perdagangan dan Industri

Seperti yang telah diterangkan oleh Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Penyelaras Bagi Keselamatan Negara, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, satu Komiti Kebangsaan Menangani Kesan Konflik Timur Tengah dan Perkembangan Semasa (KK-MKKTTPS) telah ditubuhkan di mana ianya berfungsi sebagai platform kebangsaan bagi menangani sebarang krisis atau kejutan luar (external shocks) yang berpotensi menjejaskan daya tahan (resilience) dan keselamatan Negara yang dipengerusikan oleh ketiga-tiga Menteri Penyelaras.

Dalam usaha memperkukuhkan keselamatan ekonomi negara, Kerajaan terus melaksanakan pelbagai langkah bagi meningkatkan daya tahan ekonomi terhadap ketidaktentuan global, mengurangkan kebergantungan kepada sektor tertentu, serta memperkukuh asas ekonomi yang lebih pelbagai dan mampan.

Antara langkah-langkah utama ialah:

  • Mempercepatkan kepelbagaian ekonomi dengan terus menilai dan meneroka peluang baharu berdasarkan perkembangan ekonomi global, di samping memfokuskan kepada lima (5) sektor keutamaan;
  • Menarik pelaburan langsung asing (FDI) bernilai tambah tinggi yang memacu pemindahan teknologi, inovasi dan pekerjaan berkemahiran tinggi;
  • Memperkukuh pembangunan perusahaan tempatan bagi meningkatkan produktiviti, daya saing dan penyertaan dalam rantaian nilai global;
  • Menyediakan infrastruktur industri yang kondusif melalui kemudahan asas, utiliti dan ekosistem perniagaan yang cekap;
  • Menggalakkan aktiviti berorientasikan eksport dan penggantian import bagi mengurangkan kebergantungan kepada import serta memperkukuh daya tahan rantaian bekalan; dan
  • Memudah cara pelaburan dan memperkukuh persekitaran perniagaan melalui penambahbaikan proses, pengurangan beban kawal selia dan tadbir urus yang lebih cekap.

Kerajaan bukan sahaja bertujuan mempelbagaikan ekonomi, tetapi turut membangunkan keupayaan strategik negara dalam sektor-sektor kritikal seperti makanan, tenaga, logistik dan teknologi bagi meningkatkan daya tahan negara terhadap gangguan luaran. Sehubungan itu, Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei (BEDB) akan terus memudah cara pelaburan strategik dalam sektor agri-makanan, logistik, pembuatan bernilai tinggi dan ekonomi digital bagi memperkukuh keupayaan domestik, mempelbagaikan sumber pertumbuhan ekonomi serta meningkatkan daya tahan negara terhadap kejutan luar.

Bagi keselamatan tenaga, Kerajaan akan terus memperkukuh kebolehpercayaan bekalan tenaga melalui pembangunan infrastruktur tenaga, meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga, memperluaskan penggunaan tenaga boleh diperbaharui serta memastikan bekalan gas yang mampan bagi memenuhi keperluan domestik dan menyokong pembangunan ekonomi negara.

Seterusnya mengenai keselamatan makanan, Kementerian akan terus memperkukuh pengeluaran makanan tempatan melalui pembangunan sektor makanan sebagai salah satu sektor keutamaan negara. Di samping meningkatkan produktiviti dan penggunaan teknologi moden, Kementerian turut menggalakkan pelaburan strategik dalam keseluruhan rantaian nilai makanan, termasuk aktiviti pengeluaran, pemprosesan, logistik, penyimpanan dan pengedaran makanan. Pendekatan ini bertujuan memperkukuh rantaian bekalan domestik, mengurangkan kerentanan terhadap gangguan bekalan import bagi komoditi yang bersesuaian serta meningkatkan daya tahan bekalan makanan negara.

Secara keseluruhannya, usaha-usaha ini mencerminkan komitmen Kementerian yang berterusan untuk membina sebuah ekonomi yang lebih pelbagai, berdaya tahan dan mampan, di samping memperkukuh keselamatan tenaga dan makanan sebagai asas kepada kesejahteraan rakyat serta ketahanan Negara Brunei Darussalam dalam menghadapi cabaran ekonomi, geopolitik dan perubahan iklim.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.