Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL130
SOALAN
Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin
YANG BERHORMAT AWANG HAJI SALLEH BOSTAMAN BIN HAJI ZAINAL ABIDIN meminta MENTERI HAL EHWAL UGAMA menyatakan tindakan kementerian ke atas pengusaha yang telah melanggar atau non-compliance kepada syarat pensijilan dengan sengaja seperti menyimpan dan menjual bahan haram di premis?
JAWAPAN
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama
Saya sukacita menyatakan bahawa tentunya KHEU memandang serius sebarang perlanggaran atau non-compliance kepada syarat pengasingan yang diperuntukkan dalam undang-undang bahkan ianya perbuatan yang boleh menimbulkan kemarahan, lebih dari setakat menyesali perbuatan yang tidak patuh dan tidak hormat kepada kepentingan awam itu.
Selaras dengan itu bagi memastikan yang berkenaan itu menghormati sensitiviti majoriti penduduk dan rakyat negara ini yang berugama Islam, tindakan yang wajar ke atas perlanggaran semacam itu termasuklah:
- Menggantung atau membatalkan Sijil Halal dan Permit Halal yang diberikan sebelumnya kepada premis berkenaan.
- Meningkatkan kekerapan pemeriksaan dan pengawasan.
- Sekiranya hasil pemeriksaan dan pengawasan mendapati perlanggaran serius termasuk penyimpanan atau penjualan bahan-bahan, maka sijil halal/permit akan dibatalkan mengikut peruntukan undang-undang yang berkuatkuasa.
- Tindakan penguatkuasaan dan pendakwaan. Jika sabit kesalahan pengusaha boleh dikenakan denda, hukuman penjara, atau kedua-duanya sekali.
- Premis yang terlibat juga boleh dikehendaki melaksanakan tindakan pembetulan (corrective action) termasuk proses pembersihan dan sertu mengikut kaedah hukum syara'.
- Arahan penarikan balik produk (product recall) dengan mengarahkan pengusaha terlibat menarik balik produk serta merta dari pasaran dan diluputkan menurut prosedur yang ditetapkan.
- Dalam kes yang tidak melibatkan perlanggaran serius, Notis Ketidakpatuhan akan dikeluarkan dan pengusaha dikehendaki melaksanakan tindakan pembetulan dalam tempoh yang ditetapkan.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.