Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Source: https://www.majlis-mesyuarat.gov.bn/wp-content/uploads/2026/03/Jawapan-Pertanyaan-Jawab-Lisan-Secara-Bertulis-150326-Hari-Keempat.pdf

Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL027

SOALAN

Yang Berhormat Dr. Awang Haji Mahali bin Haji Momin

YANG BERHORMAT DR. AWANG HAJI MAHALI BIN HAJI MOMIN meminta MENTERI PENGANGKUTAN DAN INFOKOMUNIKASI menyatakan sejauh manakah ketersediaan Kementerian untuk membina infrastruktur kepercayaan digital negara, khususnya dalam memastikan keselamatan data yang dikumpul, tadbir urus kecerdasan buatan (AI) dan kebertanggungjawaban algoritma?

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi

Pembangunan infrastruktur teras (flagship projects)

Untuk makluman Yang Berhormat, pelbagai usaha berterusan telah dilaksanakan oleh pihak Kerajaan dalam memastikan pembangunan infrastruktur digital yang dipercayai. Melalui Pelan Induk Ekonomi Digital 2025, penekanan telah pun dilaksanakan dalam membangun infrastruktur teras yang akan memperkukuh serta membuka ruang kepada peluang baharu iaitu dengan pelaksanaan tiga (3) projek utama ('key flagship projects') sepertimana yang pernah dikongsikan.

Antara projek yang baru dilancarkan pada 3 Januari 2026 ialah BruneiID yang merupakan identiti digital tunggal Kerajaan berasaskan prinsip keselamatan, privasi dan kawalan pengguna dan beroperasi dalam persekitaran rangkaian serta infrastruktur Kerajaan yang selamat.

Keselamatan dan privasi merupakan keutamaan dalam pembangunan BruneiID. Pengesahan biometrik seperti cap jari atau pengecaman wajah dilaksanakan di peranti pengguna sendiri ('on-device authentication'), dan tidak disimpan atau diproses secara berpusat. Data biometrik tidak dikumpulkan sebagai pangkalan data Kerajaan. Data peribadi pula dilindungi mengikut piawaian keselamatan dan perlindungan data yang sedia ada. BruneiID juga tidak menjejak pergerakan atau aktiviti pengguna. Fungsinya terhad kepada pengesahan identiti digital dan hanya diaktifkan apabila pengguna sendiri memilih untuk mengakses perkhidmatan Kerajaan tertentu.

Pengukuhan infrastruktur Kerajaan

Dari sudut pengukuhan infrastruktur Kerajaan pula, pelbagai usaha berterusan juga dilaksanakan termasuk pengukuhan rangkaian Kerajaan melalui pelaksanaan 'One Government Network' serta penggunaan pusat data kerajaan dan infrastruktur 'cloud' yang selamat ('One Government Private Cloud') membolehkan penyimpanan dan pemprosesan data dilaksanakan dengan tahap keselamatan, kebolehsediaan dan daya tahan yang lebih tinggi. Ini termasuk pelaksanaan kawalan keselamatan seperti 'data encryption', pengurusan identiti dan akses, pemantauan rangkaian secara berterusan serta mekanisme sandaran dan pemulihan bencana bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan digital Kerajaan.

Selain itu, Kementerian turut menekankan penggunaan platform komunikasi dan kolaborasi rasmi melalui e-mel kerajaan dan intranet portal kerajaan yang telah disediakan adalah juga untuk memastikan ianya melindungi pertukaran maklumat kerajaan daripada risiko kebocoran, manipulasi atau akses tanpa kebenaran. Usaha ini disokong melalui pemantauan keselamatan siber secara berpusat, pengurusan kerentanan serta pelaksanaan langkah pencegahan dan respons insiden yang lebih terselaras di seluruh agensi.

Tadbir Urus Data Kerajaan

Dari perspektif tadbir urus, Kerajaan terus memperkukuh rangka kerja dasar dan piawaian berkaitan pengurusan data iaitu perlindungan data peribadi kerajaan ('Data Protection Policy') bagi memastikan data-data Kerajaan dikendalikan mengikut prinsip keselamatan, integriti, kebolehsahan dan penggunaan yang sah. Ini termasuk penetapan kawalan perkongsian data antara agensi, pengelasan data kerajaan serta penerapan prinsip 'privacy-by-design' dalam pembangunan sistem digital.

Melalui 'Data Sharing Guideline' yang dibangunkan oleh Pusat Kebangsaan E-Kerajaan (EGNC), garis panduan ini berfungsi sebagai rujukan utama bagi agensi-agensi Kerajaan dalam melaksanakan perkongsian data secara selamat, teratur dan berkesan dan seterusnya menyokong pembangunan infrastruktur 'National Information Hub' (NIH) yang sedia ada.

Pada masa yang sama, EGNC juga memberi perhatian melalui peningkatan kesedaran keselamatan siber, latihan pengendalian data dan pematuhan kepada amalan terbaik keselamatan maklumat melalui pemberian yang berterusan kepada warga Jabatan ini serta agensi-agensi kerajaan yang lain.

Melalui pendekatan menyeluruh ini, EGNC berusaha memastikan data yang dikumpul sentiasa dilindungi, dipercayai dan dimanfaatkan secara bertanggungjawab bagi menyokong pembuatan dasar dan penyampaian perkhidmatan awam.

Tadbir Urus Kecerdasan Buatan (AI) dan Kebertanggungjawaban Algoritma

Pertumbuhan pesat teknologi AI memerlukan penyediaan rangka kerja kawal selia yang teratur bagi memastikan isu-isu etika penggunaannya. Ke arah itu, MTIC melalui Autoriti Industri Teknologi Infokomunikasi Brunei Darussalam (AITI) telah pun menubuhkan Kumpulan Kerja Urus Tadbir dan Etika Kecerdasan Buatan ('Working Group on AI Governance and Ethics') pada bulan Mei 2024.

Kumpulan Kerja ini diketuai oleh pihak AITI dengan keahlian yang terdiri wakil-wakil daripada 24 buah pelbagai agensi Kerajaan dan bukan Kerajaan, sektor swasta dan institut-institut pengajian tinggi.

Melalui Kumpulan Kerja ini, satu dokumen Garis Panduan Urus Tadbir dan Etika Kecerdasan Buatan bagi Negara Brunei Darussalam atau 'Guide on Artificial Intelligence Governance and Ethics for Brunei Darussalam' telah dihasilkan pada bulan April 2025.

Untuk makluman Yang Berhormat, melalui simposium tahunan bagi Kecerdasan Buatan pada Ogos 2025, Kumpulan Kerja tersebut telah bersidang semula bertujuan untuk menghasilkan Garis Panduan Urus Tadbir dan Etika Kecerdasan Buatan bagi Negara Brunei Darussalam, Versi 2.0 atau 'Draft Guide on Artificial Intelligence Governance and Ethics for Brunei Darussalam, Version 2.0' yang mana disasarkan untuk diterbitkan pada suku ke-2 tahun 2026.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.