Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Source: https://www.majlis-mesyuarat.gov.bn/wp-content/uploads/2026/03/Jawapan-Pertanyaan-Jawab-Lisan-Secara-Bertulis-280326-Hari-Kesebelas.pdf

Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL144

SOALAN

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof

YANG BERHORMAT PEHIN ORANG KAYA JOHAN PAHLAWAN DATO SERI SETIA AWANG HAJI ADANAN BIN BEGAWAN PEHIN SIRAJA KHATIB DATO SERI SETIA HAJI MD. YUSOF meminta MENTERI PEMBANGUNAN menyatakan berkenaan keberkesanan penguatkuasaan Housing Development Act 2012 dalam melindungi pembeli dan pemilik tanah daripada risiko projek terbengkalai atau kualiti binaan yang rendah? Apakah tindakan bagi memastikan pemaju mematuhi tempoh yang ditetapkan bagi menjamin hak pengguna daripada sebarang kerugian?

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri Pembangunan

Akta Pemaju Perumahan (Kawalan dan Perlesenan), Penggal 259 ataupun Housing Developers (Control and Licensing) Act, Chapter 259 adalah bertujuan untuk mengawal selia dan melesenkan pemaju-pemaju rumah sebagai langkah untuk memastikan pemaju adalah layak, bertanggungjawab, mengurus akaun projek dengan betul dan selaras dengan pematuhan arahan-arahan di bawah Akta Housing Developers ini.

Adalah menjadi satu kesalahan bagi sesiapa yang menjalankan kemajuan perumahan jika tidak mempunyai lesen dan mereka ini boleh didakwa dan dihukum dengan denda, penjara atau kedua-duanya sekali. Akta ini juga memperuntukkan penubuhan Lembaga Pemaju Perumahan yang dipengerusikan oleh Setiausaha Tetap, Kementerian Pembangunan dan ahli-ahlinya terdiri daripada pihak Kerajaan dan sektor swasta yang berkepentingan dalam mengawal selia pemaju-pemaju rumah agar kemajuan perumahan dibina dengan baik, berkualiti dan selamat menurut terma dan syarat yang dipersetujui antara kedua belah pihak.

Dengan adanya Akta mengawal pemaju-pemaju rumah ini, ianya dapat melindungi pemilik ataupun pembeli rumah daripada pemaju yang tidak bertanggungjawab yang mengakibatkan kerugian kepada pembeli-pembeli rumah.

Perlu juga disampaikan bahawa walaupun Akta Pemaju Perumahan (Kawalan dan Perlesenan), Penggal 259, telah diwartakan pada waktu ini, ianya belum boleh dikuatkuasakan kerana masih dalam penyediaan peraturan-peraturannya untuk mendokong pelaksanaan Akta secara komprehensif. Insha Allah apabila Akta ini dikuatkuasakan nanti, penetapan kadar yuran-yuran lesen juga perlu diteliti secara holistik selaras dengan kepentingan Akta ini.

Sementara menunggu penguatkuasaan Akta, Lembaga Pemaju Perumahan (BHD) bertindak secara administratif untuk menggalakkan mana-mana pemaju yang berkelayakan untuk berdaftar dibawah Lembaga untuk memberikan kredibiliti terhadap perniagaan pemaju tersebut agar orang ramai berkeyakinan untuk berurusan dengan mereka. Senarai pemaju-pemaju yang berdaftar (pada masa ini berjumlah 32) ada diterbitkan dalam laman web Kementerian Pembangunan dibawah tab 'Syarikat dan Profesional Berdaftar' dan 'Pemaju Perumahan'.

Setakat ini terdapat 27 aduan terhadap 12 syarikat pemaju perumahan yang tidak berdaftar yang melibatkan -

i. Kemajuan rumah yang tidak siap menurut tempoh pembinaan dalam perjanjian;
ii. Kualiti rumah yang tidak memuaskan; dan
iii. Ketiadaan binaan kemudahan infrastruktur yang dijanjikan.

Dalam usaha menangani aduan-aduan seperti ini, Pihak Lembaga lazimnya akan mengadakan sesi temuduga secara berasingan bagi Pengadu dan Pemaju bagi mencari penyelesaian terhadap pertikaian yang dihadapi. Pihak Lembaga juga mengadakan konsultasi bersama pihak berkepentingan seperti Qualified Person (QP) dan juga pihak berkuasa bagi menangani isu-isu teknikal. Jika berpatutan, pihak Pemaju akan dinasihatkan untuk menjalankan tanggungjawab mereka menurut terma dan syarat perjanjian ataupun aduan berkenaan dipanjangkan kepada Autoriti yang berkenaan berkaitan seperti ABCi, Jabatan Tanah, DES, DWS dan DOR untuk tindakan penguatkuasaan undang-undang di bawah bidang kuasa mereka.

Lembaga Pemaju Perumahan ingin mengingatkan orang ramai bahawa kebanyakan aduan yang dilaporkan berpunca daripada ketidakpatuhan syarat-syarat Perjanjian yang sudah ditandatangani. Oleh itu, tindakan yang patut diambil oleh pihak yang tidak berpuas hati adalah untuk mendapatkan nasihat undang-undang dari peguam swasta untuk memulakan prosiding mahkamah.

Bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dalam urus niaga pembelian / penjualan tanah/rumah, orang ramai adalah disarankan untuk berurusan dengan Penilai Harta Tanah / Ejen Harta Tanah yang berdaftar di bawah Lembaga Penilai dan Ejen Harta Tanah (BoVEA), Kementerian Pembangunan.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.