Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Source: https://www.majlis-mesyuarat.gov.bn/wp-content/uploads/2026/03/Jawapan-Pertanyaan-Jawab-Lisan-Secara-Bertulis-250326-Hari-Kesembilan.pdf

Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL116

SOALAN

Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin

YANG BERHORMAT PENGIRAN HAJI ISA BIN PENGIRAN HAJI ALIUDDIN meminta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan adakah kementerian merancangkan untuk memperkenalkan semula mata pelajaran kemahiran hidup seperti home science, wood work dan agriculture di peringkat menengah atau peringkat rendah?

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri Pendidikan

Kementerian Pendidikan sentiasa memastikan kurikulum sekolah seiring dengan keperluan kemahiran Abad Ke-21 dan keperluan semasa. Konsep mata pelajaran kemahiran hidup seperti home science, wood work, dan agriculture pada asasnya tidak dimansuhkan, tetapi telah diintegrasikan, diberi penjenamaan semula, dan dipertingkatkan pelaksanaannya di bawah Sistem Pendidikan Negara Abad Ke-21 (SPN21) agar lebih holistik dan relevan.

Di peringkat menengah bawah (Tahun 7 dan Tahun 8), elemen wood work dan kemahiran pertukangan telah diserapkan ke dalam mata pelajaran seperti Design and Technology (D&T) dan Business, Art and Technology (BAT). Melalui pendekatan mata pelajaran ini, pelajar didedahkan kepada asas pertukangan, inovasi reka bentuk, penggunaan alatan yang betul, dan teknologi bahan.

Bagi elemen home science, kementerian menawarkan mata pelajaran pilihan di peringkat menengah atas (Tahun 9 hingga Tahun 11) seperti Food and Nutrition yang memfokuskan kepada pengurusan makanan, sains nutrisi, dan resipi masakan. Di samping itu, laluan pendidikan vokasional turut ditawarkan melalui program BTEC (contohnya BTEC Hospitality dan BTEC Business) yang menekankan latihan praktikal serta kemahiran amali yang menjurus kepada kemahiran hidup dan ketersediaan pekerjaan.

Bagi bidang pertanian (agriculture), mata pelajaran ini masih ditawarkan di sekolah-sekolah menengah dan pengukuhan kemahiran ini dilaksanakan secara meluas melalui inisiatif kokurikulum dan pendidikan berteraskan Science, Technology, Engineering, Art and Mathematics (S.T.E.A.M). Melalui Pusat Kerjasama Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (Pusat STEP), kementerian sedang giat melaksanakan program Green School Gardening (GSG), di mana sekolah-sekolah dibekalkan dengan prasarana sistem hidroponik untuk melatih pelajar dalam asas perkebunan moden dan penanaman mampan. Sistem kelab di sekolah menengah dan rendah juga giat mempromosikan kelab Agriculture, Gardening, dan Green Initiatives di bawah komponen kreativiti kokurikulum. Kemahiran-kemahiran ini juga diajarkan kepada pelajar-pelajar Pra-Vokasional dan pelajar-pelajar berkeperluan khas di sekolah-sekolah menengah bagi membina kemahiran hidup berdikari (independent living skills) dan seterusnya kebolehpasaran mereka apabila menamatkan persekolahan nanti.

Perancangan kementerian pada masa ini adalah untuk terus memperkasa dan memperluaskan elemen-elemen kemahiran hidup ini menerusi kurikulum sedia ada yang telah dimodenkan dan inisiatif berteraskan S.T.E.A.M, selaras dengan keperluan kemahiran masa hadapan, berbanding memperkenalkan semula mata pelajaran tersebut dalam struktur klasiknya.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.