Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Source: https://www.majlis-mesyuarat.gov.bn/wp-content/uploads/2026/03/Jawapan-Pertanyaan-Jawab-Lisan-Secara-Bertulis-250326-Hari-Kesembilan.pdf

Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL093

SOALAN

Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan

YANG BERHORMAT AWANG ABDUL AZIZ BIN HAJI HAMDAN meminta MENTERI SUMBER-SUMBER UTAMA DAN PELANCONGAN menyatakan apakah langkah bagi memperluaskan penglibatan belia, pengusaha kecil dan komuniti setempat dalam rantaian nilai pelancongan domestik?

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan

Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan memberi penekanan kepada usaha memperluaskan penglibatan belia, pengusaha kecil serta komuniti setempat dalam rantaian nilai pelancongan domestik sebagai sebahagian daripada pendekatan pembangunan pelancongan yang lebih inklusif.

Pendekatan ini dilaksanakan melalui beberapa strategi utama:

  1. Pembangunan kapasiti dan kemahiran belia dalam sektor pelancongan.
    Kementerian bekerjasama dengan pelbagai agensi dan institusi berkepentingan untuk menyediakan latihan serta laluan pensijilan kemahiran dalam bidang pelancongan seperti pemandu pelancong, penceritaan warisan (storytelling), birdwatching serta latihan bagi petugas barisan hadapan industri. Pendekatan ini bertujuan melahirkan tenaga kerja dan usahawan muda yang berkemahiran serta mampu membangunkan produk pelancongan yang berasaskan pengalaman autentik negara.

  2. Pembangunan produk pelancongan niche yang dipelopori oleh pengusaha tempatan.
    Kementerian turut menggalakkan pembangunan produk pelancongan yang unik dan berasaskan komuniti seperti Brunei Coffee Trail, yang mengetengahkan kafe-kafe tempatan sebagai sebahagian daripada pengalaman pelancongan bandar. Inisiatif ini bukan sahaja memperkenalkan produk tempatan kepada pelawat, malah membuka peluang kepada perusahaan mikro dan belia untuk terlibat secara langsung dalam industri pelancongan.

  3. Pengukuhan keusahawanan dan jaringan industri
    Program seperti Tourism Service Providers Entrepreneurship dilaksanakan bagi meningkatkan keupayaan pengusaha kecil dari segi tadbir urus perniagaan, pengurusan kewangan serta strategi penjenamaan produk. Selain itu, sesi padanan perniagaan dan jaringan industri turut diadakan bagi menghubungkan pengusaha tempatan dengan rangkaian hotel, ejen pelancongan dan pemain industri yang lebih besar.

  4. Memperluas akses pasaran melalui platform digital
    Bagi meningkatkan visibility pengusaha kecil dan komuniti tempatan, Kementerian telah menyediakan direktori pelancongan di atas talian Explore Brunei yang menghimpunkan lebih daripada 700 produk dan aktiviti pelancongan, sekali gus memudahkan pelawat mendapatkan maklumat mengenai pengalaman pelancongan yang ditawarkan oleh pengusaha tempatan.

  5. Pembangunan pelancongan berasaskan komuniti dan agro-pelancongan
    Melalui pendekatan Community-Based Tourism, Kementerian bekerjasama dengan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Majlis Perundingan Kampung bagi membangunkan produk pelancongan tempatan seperti lawatan ladang, aktiviti petik sendiri, demonstrasi makanan tradisional serta pengalaman farm-to-table. Pendekatan ini membantu memastikan limpahan ekonomi pelancongan dapat dinikmati secara langsung oleh komuniti setempat.

Di samping itu, penganjuran Tahun Melawat Brunei 2027 (Visit Brunei Year 2027) merupakan satu inisiatif signifikan yang mengambil sukut baik bersempena dengan Sambutan Jubli Intan kenaikan takhta Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-60 tahun.

Melalui penganjuran acara gilang-gemilang ini, Kementerian komited untuk menggalakkan penglibatan belia secara lebih proaktif dalam pelbagai aktiviti pelancongan. Langkah ini bertujuan untuk membuka ruang yang lebih luas kepada pengusaha kecil dan komuniti setempat untuk menyertai rantaian nilai pelancongan domestik, sekali gus memperkukuh ekonomi negara secara inklusif.

Melalui pendekatan bersepadu ini, Kementerian berhasrat untuk terus memperluaskan penglibatan belia, pengusaha kecil dan komuniti setempat dalam rantaian nilai pelancongan domestik, sekali gus memastikan sektor pelancongan negara berkembang secara lebih inklusif, berdaya tahan dan mampan.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.