Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL001 & PL030
SOALAN
Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd. Salam
YANG BERHORMAT DAYANG HAJAH SAFIAH BINTI SHEIKH HAJI ABD. SALAM meminta MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI menyatakan perancangan Jabatan Perdana Menteri bagi pemusatan (centralise) data-data kebangsaan utama untuk kemudahan rujukan berpusat bagi menyokong penguatkuasaan, penggubalan dasar dan pembuatan keputusan?
Yang Berhormat Dr. Awang Haji Mahali bin Haji Momin
YANG BERHORMAT DR. AWANG HAJI MAHALI BIN HAJI MOMIN meminta MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI menyatakan strategi kebangsaan untuk mewujudkan pengintegrasi data yang bersepadu dan standard yang merentasi kementerian, agensi dan sektor swasta, termasuk bagi memastikan penyelarasan dengan Wawasan Brunei 2035 dan pelan hala tuju Negara?
JAWAPAN
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Untuk makluman, sebuah JAWATANKUASA PANDU KOORDINASI DATA KEBANGSAAN (JPKDK) telah ditubuhkan untuk menyelaraskan pengumpulan, perkongsian, dan penggunaan data di peringkat kebangsaan, memastikan data yang dihasilkan tepat, konsisten, dan berkualiti bagi mendukung dasar berasaskan bukti dan pemantauan program kerajaan.
Tanggungjawab utama jawatankuasa merangkumi:
- Meningkatkan kerjasama antara agensi kerajaan dalam pengurusan data.
- Mengenal pasti jurang data dan keperluan statistik kebangsaan.
- Mendukung penghasilan indikator untuk pemantauan dasar dan pelaporan.
- Menubuhkan kumpulan kerja untuk sektor kritikal seperti ekonomi, sosial dan digital.
Peranan jawatankuasa bukan sahaja teknikal tetapi juga strategik — memimpin transformasi data negara ke arah sistem statistik yang bersepadu dan selaras dengan Wawasan Brunei 2035.
Dalam konteks pasaran buruh, usaha JPKDK dapat diperkukuhkan melalui pelaksanaan Labour Market Information System (LMIS) di bawah Jabatan Perdana Menteri melalui Pejabat Perancangan Tenaga Manusia.
LMIS merupakan satu projek rintis yang sedang dibangunkan di bawah inisiatif Data Analytics as a Service yang dikendalikan oleh E-Government National Centre (EGNC) bagi mengintegrasikan dan menyelaras data berkaitan tenaga kerja daripada pelbagai agensi berkaitan. Sistem ini akan menyediakan maklumat terkini dan menyeluruh mengenai pasaran buruh negara, termasuk data mengenai guna tenaga, pencari kerja, peluang pekerjaan, kemahiran tenaga kerja dan keperluan industri.
Maklumat melalui sistem ini akan membantu pihak berkepentingan dalam pembentukan dan penambahbaikan kurikulum pendidikan serta program latihan, agar lebih sejajar dengan keperluan pasaran kerja dan permintaan industri semasa. Dengan adanya data yang lebih komprehensif mengenai trend pekerjaan dan keperluan kemahiran, institusi pendidikan dan latihan akan dapat merancang program pembangunan modal insan yang lebih relevan dan responsif terhadap perkembangan ekonomi.
Secara keseluruhannya, pemusatan data dan pembangunan sistem maklumat pasaran buruh ini akan mendukung perancangan tenaga kerja negara secara lebih strategik, di samping memastikan penyelarasan yang lebih baik antara sistem pendidikan, latihan kemahiran dan keperluan sebenar industri.
Pelaksanaan projek LMIS adalah dilaksanakan secara berperingkat dan dijangka mula beroperasi atau go live pada tahun 2027. Setakat ini, sebanyak 18 sesi pemberigaan telah dilaksanakan untuk mengenal pasti tahap data readiness dari pihak-pihak berkepentingan sebelum pengintegrasian data ke dalam sistem LMIS.
Manakala itu, bagi mendukung dan memantau pencapaian negara dalam Matlamat Pembangunan Yang Berdaya Tahan (SDG), data daripada kementerian, agensi dan sektor swasta juga dikumpul dan disepadukan melalui SDG Tracker, platform bersepadu hasil kerjasama Pejabat Wawasan Brunei dan UNESCAP.
Data ini diselaraskan dengan Wawasan Brunei 2035 dan pelan pembangunan negara melalui sistem KPI Executive Management System (KEMaS), bagi memperkukuh penyelarasan antara kementerian, agensi dan sektor swasta, serta memperkukuh proses perancangan dan penggubalan dasar.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.