Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL160
SOALAN
Yang Berhormat Awang Lawi bin Haji Lamat
YANG BERHORMAT AWANG LAWI BIN HAJI LAMAT meminta MENTERI HAL EHWAL UGAMA menyatakan langkah penguatkuasaan, mekanisme pemantauan dan kerangka perundangan yang dilaksanakan atau dirancang oleh Jabatan Urusan Zakat, Waqaf dan Baitulmal (JUZWAB) bagi meningkatkan tahap pematuhan umat Islam dalam menunaikan zakat harta?
JAWAPAN
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama
Perkara zakat harta, dari segi kerangka perundangannya sudah pun tersedia sekian lama sebagaimana yang termaktub dalam Akta Majlis Ugama Islam dan Mahkamah-Mahkamah Kadhi, Penggal 77 Bab 115, dan menurut Bab 236 (1) Kanun Hukuman Jenayah Syari'ah, Penggal 275, adalah menjadi kesalahan bagi orang-orang yang telah ditaksirkan dengan sah sebagai wajib membayar zakat tersebut jika mereka sengaja gagal membayar zakat.
Mengikut kerangka perundangannya memang sudah ada prosedur untuk menyenaraikan orang-orang yang wajib membayar zakat fitrah dan zakat harta dalam setiap mukim. Bab 115 akta yang sama memperuntukkan tanggungjawab Majlis Ugama Islam untuk menyediakan senarai taksiran tahunan bagi setiap mukim masjid di negara ini yang menyenaraikan nama individu yang wajib membayar zakat dan fitrah beserta jumlah yang wajib dibayar.
Peruntukan Bab yang sama juga membolehkan Majlis Ugama Islam untuk melantik imam sebagai wakilnya menyediakan senarai tersebut untuk setiap mukim masjid. Dan adalah menjadi kesalahan jika individu yang telah tersenarai itu enggan membayar zakat dan fitrah. Sedemikian itu menurut kerangka perundangan lama di bawah Akta Majlis Ugama Islam dan Mahkamah-Mahkamah Kadhi, Penggal 77 (Akta Majlis).
Seterusnya di bawah Kanun Hukuman Jenayah Syari'ah (KHJS) iaitu undang-undang yang diperkenal dan dikuatkuasakan sejak lebih sepuluh tahun yang lalu dalam Bab 236 mengenai adalah menjadi kesalahan kepada mana-mana orang Islam yang setelah ditaksirkan dengan sah sebagai wajib untuk membayar zakat atau fitrah. Jika sabit kesalahan dikenakan:
i. suatu denda tidak melebihi $8,000/-; ii. dihukum penjara tidak melebihi 2 tahun; atau iii. kedua-duanya sekali.
Sedemikian itulah peruntukan undang-undang zakat harta dan zakat fitrah dalam kerangka perundangan yang mewajibkannya dikutip. Tetapi menurut maklumat dari Bahagian Penguatkuasaan Ugama (BPU), KHEU setakat tahun 2020, tiada aduan pernah diterima dan tiada siasatan pernah dijalankan mengenai kegagalan membayar zakat fitrah atau zakat harta di bawah Bab 194 Akta Majlis (yang telah dimansuhkan) atau Bab 236 KHJS atau kesalahan-kesalahan lain berkaitan zakat di bawah KHJS itu.
Kesimpulannya ialah kita ada sedia mempunyai kerangka perundangannya. Tinggal lagi bagaimana penguatkuasaannya dan perancangan kehadapan untuk menjamin pematuhan orang Islam membayar zakat harta, maka perkara itu setakat ini kita berpada-padalah dengan usaha yang dilaksanakan. Ini tidak bermakna kita mengabaikan keperluan untuk zakat baik zakat fitrah mahu pun zakat harta dikutip dan dikumpul lalu diagihkan. Setakat praktis pada masa ini begitulah sambil terus memikirkan cara-cara berstruktur yang lebih sistematik. Kaola yakin Majlis Ugama Islam sedia bergerak ke arah itu, in syaa Allah.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.