Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL133
SOALAN
Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin
YANG BERHORMAT AWANG HAJI SALLEH BOSTAMAN BIN HAJI ZAINAL ABIDIN meminta MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI DAN MENTERI KEWANGAN DAN EKONOMI II menyatakan sejauhmanakah kementerian memperkembangkan dan memperluaskan pendekatan State visit daripada MOU/kerjasama kerajaan-ke-kerajaan kepada model yang lebih inklusif yang melibatkan sektor swasta agar kerjasama antara business to business (perniagaan-ke-perniagaan) dan rakyat-ke-rakyat dapat dimanfaatkan?
JAWAPAN
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II
Penandatanganan Memorandum Persefahaman ataupun MOU oleh Negara Brunei Darussalam merupakan komitmen negara untuk menjalin kerjasama dengan rakan-rakan Negara di dalam bidang-bidang yang saling memanfaatkan (mutually beneficial). Dalam hal ini, hasil atau deliverables bagi setiap Lawatan Negara adalah bergantung kepada pertimbangan strategik daripada kedua belah pihak. Apabila potensi manfaat ekonomi yang nyata dapat dikenal pasti, maka ia memberikan keyakinan kepada kedua belah pihak untuk membuka ruang kepada penglibatan sektor swasta dan rakyat.
Dalam memastikan MOU tersebut akan menghasilkan tindakan nyata, Kementerian Kewangan dan Ekonomi mengamalkan pendekatan Whole-of-Government. Hakikatnya, lanskap ekonomi masa kini melibatkan bidang-bidang kerjasama yang overlapping, seperti ekonomi digital, keselamatan makanan dan ekonomi hijau, yang dipantau dan jatuh di bawah bidang kuasa beberapa kementerian dan agensi kerajaan.
Disinilah pendekatan Whole-of-Government sangat kritikal bagi menyuarakan hala tuju bersepadu dan penyelarasan strategik merentas agensi. Dalam hal ini, Kementerian Kewangan dan Ekonomi bekerjasama rapat bersama pihak Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan perwakilan-perwakilan Negara Brunei Darussalam di luar negeri serta perwakilan-perwakilan asing di Negara ini. Sebagai contoh, Kementerian ini, melalui BEDB, telah menyediakan panduan strategik dalam bentuk Frequently Asked Questions yang telah dikongsikan bersama pihak Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan perwakilan-perwakilan Negara Brunei Darussalam di luar negeri bagi memastikan jawapan yang selaras dan tepat diberikan kepada pelabur berpotensi.
Bagi memastikan manfaat ini diraih oleh sektor swasta dan rakyat, Kementerian Kewangan dan Ekonomi untuk terus memperkembangkan model kerjasama melalui Misi-Misi Perdagangan dan Business-Matching Sessions seperti ASEAN-Korea Centre Trade Facilitation Mission yang telah diadakan pada bulan Februari 2026; Government of Quebec, Canada Trade Mission yang telah diadakan pada bulan Disember 2025 dan Australia Agrifood Business Mission pada bulan November 2025. Sesi-sesi ini telah berjaya menghubungkan pengusaha-pengusaha dan syarikat-syarikat tempatan bersama pengimport daripada Republik Korea, Kanada dan Australia dalam beberapa sektor keutamaan.
Di samping itu, pihak Kementerian sentiasa mengalu-alukan hubungan erat antara dewan-dewan perniagaan Negara dengan rakan ekonomi luar negara, seperti di antara Dewan Perniagaan dan Perusahaan Kebangsaan Brunei Darussalam (NCCIBD) dengan Dewan-Dewan Perniagaan di Malaysia, Republik Filipina dan Republik Rakyat China, sama ada melalui penandatanganan MOUs ataupun lawatan-lawatan kerja.
Selain itu, pihak Kementerian juga terus menggalakkan kerjasama berterusan di antara sektor-sektor swasta melalui British-Brunei Business Forum, French Bruneian Business Association dan Canada-Brunei Business Council.
Kesimpulannya, usaha-usaha yang dikongsikan tadi telah berjaya menyumbang kepada penghasilan hubungan business-to-business yang bermanfaat dan meningkatkan lagi peluang kerjasama komersial selaras dengan matlamat mempelbagaikan ekonomi negara.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.