Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL142
SOALAN
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof
YANG BERHORMAT PEHIN ORANG KAYA JOHAN PAHLAWAN DATO SERI SETIA AWANG HAJI ADANAN BIN BEGAWAN PEHIN SIRAJA KHATIB DATO SERI SETIA HAJI MD. YUSOF meminta MENTERI KESIHATAN menyatakan perancangan dan tindakan terkini dalam pemuliharaan infrastruktur asas di hospital dan pusat kesihatan yang dilaksanakan, selaras dengan usaha transformasi digital BruHealth 5.0?
JAWAPAN
Yang Berhormat Menteri Kesihatan
Pada masa ini, Kementerian Kesihatan sedang melaksanakan usaha pemuliharaan dan penyelenggaraan infrastruktur asas di hospital dan pusat kesihatan secara berterusan. Ini termasuk kerja-kerja penyelenggaraan berskala besar yang penting untuk memastikan fasiliti kesihatan terus beroperasi dengan selamat dan berkesan. Sebahagian infrastruktur sedia ada sedang dinaiktaraf supaya penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada orang ramai dapat dikekalkan dengan lancar.
Dalam masa yang sama, Kementerian turut memacu transformasi digital melalui inisiatif BruHealth 5.0. Pendekatan ini mencerminkan hala tuju masa depan perkhidmatan kesihatan, di mana orang ramai dapat mengakses perkhidmatan dengan lebih mudah dan pantas, tanpa perlu melalui proses yang rumit atau perjalanan yang kerap ke fasiliti kesihatan bagi perkhidmatan tertentu.
Tumpuan Kementerian adalah jelas: memperkukuh infrastruktur fizikal sedia ada sambil membangunkan ekosistem kesihatan digital yang moden, cekap dan berfokus kepada pesakit.
Selain rancangan menambah pusat kesihatan baharu, usaha besar juga dilaksanakan untuk menaik taraf pusat kesihatan yang sedia ada. Kementerian memberi perhatian kepada latihan tenaga kerja yang bertanggungjawab menyelenggarakan bangunan, supaya penyelenggaraan dilakukan mengikut piawaian antarabangsa dan sentiasa proaktif dalam memastikan fasiliti berada dalam keadaan terbaik.
InsyaAllah, dengan gabungan pemuliharaan infrastruktur fizikal dan transformasi digital BruHealth 5.0, sistem kesihatan negara akan lebih kukuh, moden dan responsif terhadap keperluan rakyat.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.