Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Source: https://www.majlis-mesyuarat.gov.bn/wp-content/uploads/2026/03/Jawapan-Pertanyaan-Jawab-Lisan-Secara-Bertulis-280326-Hari-Kesebelas.pdf

Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL070

SOALAN

Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya'akub

Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya'akub meminta Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan menyatakan perancangan bagi melibatkan lebih ramai pengusaha untuk menceburi pengeluaran makanan tempatan seperti petani kecil, belia dan usahawan tempatan dalam rantaian nilai pertanian.

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan

Bagi melibatkan lebih ramai pengusaha termasuk petani kecil, belia dan usahawan tempatan dalam pengeluaran makanan tempatan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan melaksanakan pendekatan yang menyeluruh merangkumi keseluruhan rantaian nilai industri pertanian dan agrimakanan, iaitu daripada peringkat pra-pengeluaran, pengeluaran sehingga kepada pemprosesan dan pemasaran.

1. Memudah cara kemasukan pengusaha baharu ke dalam sektor pertanian

Kementerian menyediakan peluang kepada petani kecil, belia dan usahawan tempatan melalui penawaran tapak pertanian serta bimbingan teknikal bagi memulakan perusahaan. Dalam masa yang sama, kerjasama dengan institusi kewangan turut dilaksanakan bagi memudah cara akses kepada pembiayaan, manakala program latihan dan pembangunan kapasiti dijalankan untuk meningkatkan kemahiran pengurusan ladang dan perniagaan.

Kementerian menyediakan peluang kepada pengusaha baru yang berminat melalui penawaran tapak pertanian di bawah inisiatif projek rintis serta program pembesaran tapak. Di samping itu, kementerian turut bekerjasama dengan institusi kewangan bagi menyediakan kemudahan pembiayaan yang lebih mesra kepada pengusaha belia. Dengan adanya penawaran projek rintis ini, proses untuk mendapatkan tapak pertanian bagi pengusaha baru adalah cepat dan mudah. Lazimnya, keluasan tapak yang ditawarkan adalah sekurang-kurangnya 2 hektar, tertakluk kepada jenis komoditi yang akan diusahakan.

2. Memperkukuh kapasiti pengeluaran dan produktiviti ladang

Kementerian terus melaksanakan pembukaan tapak-tapak baharu serta mengoptimumkan penggunaan tapak sedia ada bagi meningkatkan keluaran makanan tempatan. Langkah-langkah seperti pengukuhan biosekuriti di ladang dan kolam ternakan, pemudahcaraan akses kepada input pertanian serta penggalakan penggunaan teknologi moden turut dilaksanakan bagi meningkatkan produktiviti dan kecekapan operasi pengusaha.

3. Membangunkan ekosistem sokongan dalam rantaian nilai agrimakanan

Kementerian menggalakkan penglibatan pelaburan asing langsung (FDI) serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi memperkukuh pembangunan sektor agrimakanan negara, khususnya dalam penyediaan bahan input, teknologi, infrastruktur, dan juga akses ke pasaran eksport melalui rangkaian pasaran yang sedia ada dari syarikat FDI serta syarikat GLC.

Penyertaan pelabur berskala besar ini akan meningkatkan kapasiti industri serta mengukuhkan ekosistem rantaian nilai pertanian Negara. Pada masa yang sama, ianya akan membuka lebih banyak peluang kepada pengusaha tempatan dan perusahaan kecil untuk meningkatkan hasil keluaran ladang sebagai bekalan bahan input kepada syarikat FDI serta syarikat GLC terutama bagi pasaran eksport, dimana Syarikat FDI dan GLC berkenaan dapat memasarkan lebihan bekalan yang tidak dapat diserap oleh permintaan pasaran tempatan, contohnya melalui skim perladangan berkontrak atau skim pembelian balik (buy-back) hasil ladang. Di sektor perikanan, Syarikat FDI Barramundi Group (B) Sdn Bhd mendapatkan bekalan benih ikan selungsong dari perusahaan penetasan ikan tempatan untuk operasi ternakan ikan, dan Syarikat FDI Lianfeng Investment Sdn Bhd mendapatkan bekalan bahan mentah dari industri penangkapan ikan untuk kilang pemprosesan melalui syarikat penangkapan ikan tempatan.

4. Meningkatkan nilai tambah dan akses pasaran

Bagi meningkatkan daya saing produk tempatan, pelbagai program telah dilaksanakan termasuk Program Product Enhancement yang memberi tumpuan kepada peningkatan kualiti pembungkusan, pelabelan, kajian jangka hayat produk serta pembezaan produk. Selain itu, padanan perniagaan antara pembekal dan pengusaha makanan serta kerjasama dengan agensi berkepentingan seperti BEDB dalam menganjurkan latihan teknikal dan menyediakan sokongan kewangan bagi mendapatkan pensijilan berkaitan turut dilaksanakan bagi memperluaskan peluang pasaran.

Di samping itu, kemudahan sokongan seperti makmal kajian dan infrastruktur teknikal turut disediakan bagi membantu pengusaha menangani cabaran dalam pengeluaran, pemprosesan dan pengedaran produk agrimakanan. Pihak Kementerian juga bekerjasama dengan pihak BDFA dalam memudahkan akses pasaran bagi produk agrimakanan melalui memastikan pematuhan terhadap keperluan keselamatan makanan dan piawaian yang ditetapkan oleh negara pengimport, termasuk pengeluaran sijil kesihatan bagi tujuan eksport.

Melalui pendekatan bersepadu ini, Kementerian berusaha untuk bukan sahaja meningkatkan pengeluaran makanan tempatan, tetapi juga membangunkan ekosistem rantaian nilai agrimakanan yang lebih inklusif dan berdaya tahan. Dengan sokongan infrastruktur, pembiayaan dan pembangunan kapasiti yang berterusan, Kementerian yakin lebih ramai petani kecil, belia dan usahawan tempatan dapat mengambil bahagian secara aktif dalam sektor ini, seterusnya menyumbang kepada sekuriti makanan negara serta kepelbagaian ekonomi.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.