Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Source: https://www.majlis-mesyuarat.gov.bn/wp-content/uploads/2026/03/Jawapan-Pertanyaan-Jawab-Lisan-Secara-Bertulis-280326-Hari-Kesebelas.pdf

Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL002

SOALAN

Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd. Salam

YANG BERHORMAT DAYANG HAJAH SAFIAH BINTI SHEIKH HAJI ABD. SALAM meminta MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI DAN MENTERI KEWANGAN DAN EKONOMI II menyatakan keberkesanan reformasi pendaftaran syarikat melalui ROCBN termasuk pencapaian, cabaran serta penambahbaikan yang diperlukan serta kesan yang tidak dijangka (unintended consequences) jika ada?

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II

ROCBN di bawah Kementerian Kewangan dan Ekonomi komited untuk mempertingkatkan kecekapan, ketelusan dan ketepatan proses pendaftaran syarikat melalui pendigitalan sepenuhnya menerusi platform One Common Portal (OCP).

Dengan pelaksanaan OCP, proses pendaftaran kini dikendalikan sepenuhnya secara dalam talian dan tempoh pemprosesan telah dipendekkan kepada satu hari bekerja. Dari segi pencapaian, kadar permohonan yang diproses dalam tempoh Tekad Pemedulian Orang Ramai (TPOR) satu hari pada tahun 2025 adalah sekitar 84.3 peratus. Ini menunjukkan adanya peningkatan sebanyak 11.6 peratus jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya, dan sebanyak 27.0 peratus berbanding tahun 2022.

Platform OCP juga membolehkan orang ramai mengesahkan status pendaftaran syarikat dan kesahihan Sijil Pendaftaran Perniagaan, sekali gus menyokong usaha melindungi kepentingan komuniti perniagaan dan orang ramai daripada entiti yang meragukan.

Walau bagaimanapun, beberapa cabaran telah dikenal pasti iaitu:

i. Pertama, tahap pematuhan (compliance) yang rendah terhadap keperluan kawal selia (regulatory requirements) di bawah Akta Syarikat (Penggal 39), Akta Nama Perniagaan (Penggal 92) dan Akta Cukai Pendapatan (Penggal 35), khususnya dalam pengemukaan Annual Returns dan Income Tax Returns, yang menjadi prasyarat pemprosesan permohonan; dan

ii. Kedua, masih terdapat segelintir peniaga yang belum berdaftar di dalam platform OCP. Bagi memastikan para peniaga dapat memanfaatkan sistem digital ini sepenuhnya, usaha untuk meningkatkan kadar penyertaan terus dilaksanakan melalui sesi pemberigaan dan perjumpaan bagi memberikan bimbingan teknikal dan memupuk kesedaran tentang kelebihan pendaftaran menyeluruh.

Sehubungan itu, pihak Kementerian sedang meneliti langkah-langkah penambahbaikan, termasuk mengkaji opsyen untuk memperkemaskan lagi proses pendaftaran dan meneroka kerjasama strategik yang bersesuaian bagi meningkatkan lagi kecekapan dan kualiti penyampaian perkhidmatan.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.