Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Source: https://www.majlis-mesyuarat.gov.bn/wp-content/uploads/2026/03/Jawapan-Pertanyaan-Jawab-Lisan-Secara-Bertulis-250326-Hari-Kesembilan.pdf

Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL094

SOALAN

Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan

YANG BERHORMAT AWANG ABDUL AZIZ BIN HAJI HAMDAN meminta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan bagaimanakah kurikulum pendidikan negara disesuai dengan keperluan kemahiran digital automasi dan teknologi masa hadapan?

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri Pendidikan

Kementerian Pendidikan telah mengambil langkah proaktif dengan menubuhkan Jawatankuasa STEAM Education and Skills (SES) yang bertujuan untuk mendorong kepentingan pembangunan kemahiran STEAM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Seni, dan Matematik) sebagai asas melahirkan modal insan bagi pertumbuhan ekonomi. Penyesuaian kurikulum ini dilaksanakan melalui tiga kaedah utama untuk memastikan pelajar di Negara Brunei Darussalam adalah "future-ready":

i. STEAM dalam Kurikulum: Kementerian telah mengemaskini dasar taburan mata pelajaran di peringkat menengah di mana bidang Seni dan Teknologi kini dijadikan sebagai mata pelajaran teras. Ini merangkumi subjek seperti Computer Science, Information and Communication Technology (ICT), Design and Technology (D&T), Food and Nutrition, Agriculture, dan Art and Design.

ii. STEAM Merentas Kurikulum: Penerapan kompetensi 6C diintegrasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di semua subjek. Kompetensi ini merangkumi: Pemikiran Kritis (Critical Thinking), Pemikiran Kreatif (Creative Thinking), Komunikasi, Kolaborasi, Perwatakan (Character), dan Kenegaraan (Citizenship).

iii. STEAM Merentas Kokurikulum: Pengukuhan kemahiran digital dan teknologi melalui aktiviti luar bilik darjah yang diselaraskan oleh Pusat STEP dan Pusat Keusahawanan Inovasi (EIC).

Bagi mendokong perubahan kurikulum ini, Pelan Transformasi Digital (DTP) Kementerian Pendidikan telah menyediakan prasarana yang diperlukan melalui inisiatif Smart Classroom dan Learning Management System (LMS). Alhamdulillah, melalui projek Smart Classroom pihak kementerian telah melengkapkan 30 buah sekolah dengan Interactive Panel dan peranti Chromebook, dan 4 buah sekolah lagi dalam proses perlaksanaan. Manakala bagi fasa berikutnya, kementerian mensasarkan pembekalan kepada 34 buah sekolah lagi bagi memastikan akses teknologi yang lebih luas.

Selain itu, standard literasi digital pelajar kini dinilai melalui Digital Literacy Standards yang diserapkan dalam kurikulum serta melalui domain inovatif "Learning in a Digital World" dalam kajian antarabangsa PISA 2025.

Pihak kementerian sedang melaksanakan pembangunan modul teras baharu bagi semua institusi pengajian tinggi ke arah membekalkan pelajar dengan kemahiran yang diperlukan pada masa depan ataupun future skills, dan membentuk future-ready mindset di kalangan graduan tempatan. Modul teras ini mengandungi dua bidang iaitu teknologi baharu (emerging technologies) dan kelestarian (sustainability), yang akan memperkukuh pengetahuan asas serta kemahiran praktikal dalam bidang teknologi baharu (emerging technologies) yang sedang berkembang seperti Artificial Intelligence, Data Science dan etika penggunaan teknologi baharu serta kelestarian (sustainability) seperti environmental science, green innovation dan perubahan iklim.

Melalui pendekatan ini, pelajar tidak hanya diajar teori, tetapi melalui projek hands-on dan pembelajaran berasaskan masalah (Problem-Based Learning), mereka dilatih untuk menjadi pencipta peluang yang mampu menjana kebolehpasaran tinggi selaras dengan Wawasan Brunei 2035.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.