Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Source: https://www.majlis-mesyuarat.gov.bn/wp-content/uploads/2026/03/Jawapan-Pertanyaan-Jawab-Lisan-Secara-Bertulis-150326-Hari-Keempat.pdf

Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL067

SOALAN

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman

YANG BERHORMAT PEHIN ORANG KAYA INDERA PAHLAWAN DATO SERI SETIA AWANG HAJI SUYOI BIN HAJI OSMAN meminta MENTERI HAL EHWAL DALAM NEGERI menyatakan sejauh mana usaha dan kawalan Kementerian dalam membendung jumlah pemilik-pemilik kedai-kedai runcit, hardware stores, pemborong di kalangan warga asing yang semakin meningkat?

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri

Berdasarkan data Banci Majikan dan Pekerja tahun 2024 yang dilaksanakan oleh Jabatan Buruh, majoriti pemilikan syarikat dalam sektor perdagangan runcit masih berada dalam kalangan warganegara Brunei Darussalam.

Setakat 1hb April 2024, terdapat sebanyak 1,343 syarikat perdagangan runcit yang dimiliki oleh warganegara Brunei Darussalam, manakala hanya sebilangan kecil sahaja yang didaftarkan bersama rakan kongsi daripada kalangan warganegara asing. Seterusnya, setakat 1hb April 2025, jumlah syarikat yang didaftarkan dalam sektor perdagangan runcit adalah sebanyak 1,357 syarikat.

Untuk memberikan gambaran yang lebih jelas, sektor Perdagangan Borong dan Runcit; Pembaikan Kenderaan Bermotor dan Motosikal merangkumi aktiviti penjualan barangan tanpa melalui proses pengeluaran atau perubahan bentuk barangan tersebut, di samping perkhidmatan penyelenggaraan dan pembaikan kenderaan bermotor serta motosikal.

Secara umum, sektor ini dibahagikan kepada tiga kegiatan utama iaitu:

  • perdagangan borong;
  • perdagangan runcit; dan
  • jualan serta pembaikan kenderaan bermotor dan motosikal.

Sebagai contoh, aktiviti jualan runcit perkakasan (hardware), cat dan kaca di kedai khusus adalah diklasifikasikan di bawah kegiatan perdagangan runcit dalam sektor ini.

Berdasarkan statistik Banci Majikan dan Pekerja bagi tempoh 2022 hingga 2024, jumlah keseluruhan pekerja dalam sektor ini meningkat daripada 25,332 orang pada tahun 2022 kepada 29,119 orang pada tahun 2024, iaitu peningkatan sebanyak 13 peratus.

Dari segi komposisi tenaga kerja, jumlah pekerja tempatan meningkat daripada 11,941 orang kepada 12,917 orang, manakala pekerja asing meningkat daripada 13,391 orang kepada 16,202 orang dalam tempoh yang sama.

Jika dilihat mengikut pecahan kegiatan:

  • perdagangan runcit merupakan penyumbang terbesar kepada jumlah tenaga kerja dengan peningkatan daripada 13,373 orang pada tahun 2022 kepada 15,402 orang pada tahun 2024;
  • diikuti oleh perdagangan borong yang meningkat daripada 7,005 kepada 7,789 orang; dan
  • pembaikan kenderaan bermotor dan motosikal yang meningkat daripada 4,954 kepada 5,928 orang.

Dari segi jenis pekerjaan pula, majoriti pekerja tempatan dalam sektor ini tertumpu kepada jawatan seperti Pengurus, Jurujual, Juruwang dan Pembantu Kedai.

Sebaliknya, pekerja asing lebih tertumpu kepada jawatan seperti Buruh, Mekanik, Pembantu Kedai serta Pemandu Lori.

Bagi aktiviti khusus seperti jualan runcit perkakasan (hardware), cat dan kaca di kedai khusus, jumlah pekerja turut menunjukkan peningkatan kecil daripada 843 orang pada tahun 2022 kepada 874 orang pada tahun 2024 (tambahan 31 orang).

Dari segi kawalan pengambilan pekerja asing di negara ini, Jabatan Buruh telah mempersyaratkan bahawa setiap syarikat yang ingin mengambil pekerja asing hendaklah terlebih dahulu mendapatkan surat pengesahan (clearance letter) daripada Pusat Pekerjaan Brunei sebelum permohonan Lesen Pekerja Asing mereka dipertimbangkan.

Langkah ini bertujuan memastikan peluang pekerjaan diberikan keutamaan kepada pencari kerja tempatan sebelum pengambilan pekerja asing dibenarkan.

Selain itu, kementerian juga melaksanakan pemantauan secara berterusan melalui pengumpulan dan analisis data sektor ekonomi, termasuk Banci Majikan dan Pekerja, bagi menilai trend pemilikan perniagaan serta komposisi tenaga kerja tempatan dan asing dalam sektor-sektor tertentu.

Secara keseluruhannya, peningkatan jumlah pekerja asing dalam sektor perdagangan borong dan runcit serta pembaikan kenderaan bermotor dan motosikal adalah selaras dengan perkembangan aktiviti perniagaan yang seterusnya meningkatkan permintaan terhadap tenaga kerja, khususnya bagi jawatan sokongan dan pekerjaan asas yang diperlukan bagi menyokong kelancaran operasi perniagaan.

Walau bagaimanapun, data menunjukkan bahawa pemilikan perniagaan dalam sektor ini masih majoritinya dimiliki oleh warganegara Brunei Darussalam, manakala pekerja asing lebih tertumpu kepada jawatan operasi dan pekerjaan asas bagi menyokong aktiviti perniagaan tersebut.

Secara keseluruhannya, kerajaan akan terus memastikan pembangunan sektor perdagangan runcit dilaksanakan secara teratur, terkawal dan mematuhi peraturan, di samping memastikan peluang keusahawanan terus memberi manfaat kepada rakyat dan penduduk tempatan. Pendekatan ini adalah selaras dengan Matlamat ketiga di bawah aspirasi Wawasan Brunei 2035, iaitu ekonomi yang dinamik dan berdaya tahan.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.