Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Source: https://www.majlis-mesyuarat.gov.bn/wp-content/uploads/2026/03/Jawapan-Pertanyaan-Jawab-Lisan-Secara-Bertulis-170326-Hari-Keenam.pdf

Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL046

SOALAN

Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohamed

YANG BERHORMAT AWANG ZAINOL BIN HAJI MOHAMED meminta MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI menyatakan perancangan dalam menangani isu underemployment dan pengangguran jangka panjang dalam kalangan rakyat tempatan yang berkelayakan yang telah lama berada di luar pasaran kerja? Apakah pendekatan bagi memulihkan kebolehpasaran, keyakinan majikan serta integrasi semula kumpulan ini ke dalam ekonomi?

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Terlebih dahulu, Kaola ingin menjelaskan bahawa Kerajaan sememangnya memandang serius isu underemployment dan pengangguran jangka panjang dalam kalangan rakyat yang berkelayakan, khususnya mereka yang telah lama berada di luar pasaran pekerjaan.

Untuk membantu Kerajaan menangani isu-isu berkenaan, Pusat Kajian Strategik dan Dasar (CSPS) telah ditugaskan oleh Kerajaan untuk menjalankan kajian yang lebih mendalam bagi mengenal pasti punca-punca pengangguran termasuk underemployment dan pengangguran jangka panjang, pada tahun 2025. Fasa pertama kajian ini telah pun dilaksanakan dan dijangka akan dimuktamadkan pada tahun ini. Dapatan awal daripada kajian berkenaan menunjukkan bahawa antara faktor utama yang dikenal pasti menyumbang kepada isu underemployment dan pengangguran jangka panjang ialah ketidakpadanan kemahiran atau skills match antara kelayakan pencari kerja dengan peluang pekerjaan yang tersedia di pasaran.

Selain daripada itu, perbezaan kadar gaji antara sektor Kerajaan dan sektor swasta juga dikenal pasti sebagai salah satu faktor yang boleh mempengaruhi kecenderungan anak tempatan untuk memilih pekerjaan di sektor Kerajaan.

Di samping itu, faktor lain yang turut menyumbang termasuk kekurangan pengalaman pekerjaan dan tahap kesedaran yang masih rendah dalam kalangan pencari kerja untuk menyertai program peningkatan kemahiran seperti upskilling, reskilling dan multi-skilling.

Bagi menangani cabaran-cabaran ini, Kerajaan telah dan sedang melaksanakan beberapa langkah yang bersasar.

Pertama, pelaksanaan Salary Guideline bagi 22 job family yang merangkumi 100 jawatan, sebagai rujukan kepada majikan sektor swasta dalam menetapkan kadar gaji yang bersesuaian dan membantu pencari kerja memahami nilai pasaran pekerjaan.

Kedua, penguatkuasaan Perintah Pekerjaan (Upah Minimum) dalam tujuh industri, bagi memastikan dan mengimbangi taraf hidup pekerja, selaras dengan amalan terbaik di peringkat serantau dan antarabangsa.

Ketiga, melalui Pusat Pekerjaan Brunei, pelbagai inisiatif peningkatan kebolehpasaran terus dipergiatkan, termasuk kursus jangka pendek di bawah Program SkillsPlus dan Program Insaniah, program pensijilan profesional seperti SPIN in Accountancy, serta program peningkatan kompetensi dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang dibiayai oleh Kerajaan.

Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga 31 Disember 2025, sebanyak 41 kursus jangka pendek telah dilaksanakan dengan penyertaan seramai 876 orang peserta.

Selain itu, pendekatan yang lebih bersasar turut dilaksanakan melalui career coaching, pemadanan pekerjaan berdasarkan kemahiran praktikal, serta penilaian jurang kemahiran secara individu, bagi membolehkan pelan tindakan kerjaya yang lebih terarah dibangunkan bagi setiap pencari kerja.

Dalam masa yang sama, dapatan kajian berkaitan keperluan majikan turut dikongsikan dengan institusi pengajian dan latihan bagi membolehkan penambahbaikan kurikulum dan program latihan, agar lebih sejajar dengan kehendak industri semasa.

Sebagai penutup, Kerajaan akan terus bekerjasama rapat dengan pihak industri serta semua pihak berkepentingan bagi memastikan perancangan tenaga kerja negara sentiasa selaras dengan keperluan ekonomi, sama ada bagi jangka masa terdekat mahupun jangka masa panjang.

Insya Allah, melalui pendekatan yang lebih bersepadu ini, usaha untuk meningkatkan kebolehpasaran anak tempatan serta keyakinan majikan terhadap tenaga kerja tempatan akan dapat terus diperkukuhkan.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.