Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL111
SOALAN
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Rahman bin Haji Ibrahim
YANG BERHORMAT PEHIN ORANG KAYA LAILA SETIA DATO SERI SETIA AWANG HAJI ABD. RAHMAN BIN HAJI IBRAHIM meminta MENTERI HAL EHWAL DALAM NEGERI menyatakan bilangan permohonan yang diterima sejak dasar Long-Stay Initiative "Long-Term Pass (LTP)" diperkenalkan, termasuk jumlah yang telah diluluskan dari kategori pelabur?
JAWAPAN
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri
Sejak dasar Pas Jangka Panjang (LTP) berkuat kuasa pada 31hb., Disember 2024, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan melalui Urusetia Long-Term Pass telah menerima sebanyak 19 permohonan bagi kategori Pas Jangka Panjang Berniaga dan 13 permohonan bagi kategori Pas Jangka Panjang Professional, setakat 28hb., Februari 2026.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak satu (1) permohonan di bawah kategori Pas Lawatan Berniaga Jangka Panjang telah dibenarkan yang terlibat di dalam aktiviti perniagaan dan pelaburan yang menyumbang di kepada perkembangan di dalam perekonomian, pembangunan dan kemajuan Negara Brunei Darussalam. Manakala, permohonan- permohonan lain (18 permohonan) masih dalam proses penilaian dan sokongan agensi-agensi berkaitan.
Manakala bagi permohonan di bawah kategori Pas Lawatan Profesional Jangka Panjang, sebanyak satu (1) telah dibenarkan. Permohonan-permohonan lain masih dalam proses penilaian dan menunggu maklum balas serta sokongan daripada agensi-agensi teknikal yang berkaitan (competent agencies) berhubung keperluan kepakaran yang dipohonkan. Terdapat juga permohonan yang tidak dapat dipertimbangkan kerana profession yang dipohonkan didapati bukan dalam kategori kekurangan kepakaran di negara ini, atau pemohon tidak mengamalkan profession tersebut secara aktif.
Bagi memperkemaskan proses penilaian, Standard Operating Procedure (SOP) bagi Jawatankuasa Khas Mempertimbangkan Permohonan Long-Term Pass telah dikemaskinikan. Melalui prosedur ini, permohonan bagi kategori pelabur akan diteliti terlebih dahulu oleh Jawatankuasa Pandu Pelaburan Langsung Asing dan Industri Hiliran serta Bahagian Industri dan Ekosistem Perniagaan di Kementerian Kewangan dan Ekonomi, sebelum dibawa untuk pertimbangan oleh Jawatankuasa Khas Mempertimbangkan Permohonan Long-Term Pass.
Sebagai makluman, jawatankuasa tersebut telah bersidang sebanyak lima (5) kali setakat 14hb., Mac 2026 bagi meneliti permohonan-permohonan yang diterima. Dari segi statistik permohonan, bagi kategori Pas Lawatan Berniaga Jangka Panjang, sebanyak 176 borang telah diedarkan, dan dari jumlah tersebut, sebanyak 19 borang permohonan dihadapkan kembali ke Urusetia LTP. Manakala bagi kategori Pas Lawatan Profesional Jangka Panjang, sebanyak 67 borang telah diambil di mana 13 borang telah dikembalikan kepada pihak Urusetia LTP.
Bagi kategori Pas Jangka Panjang Sosial (Lawatan) di bawah Kategori Kekeluargaan, sebanyak 1,372 permohonan telah dibenarkan setakat 25 Februari 2026.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.