Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL154
SOALAN
Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee
YANG BERHORMAT DAYANG CHONG CHIN YEE meminta MENTERI KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN menyatakan langkah pencegahan kementerian dalam membantu pengenalpastian awal tingkah laku yang tidak selamat, dengan mengambil kira peningkatan kes yang dilaporkan dengan pelaksanaan Rangka Kerja Kebangsaan bagi Perlindungan Kanak-Kanak (NFCP). Bagaimana golongan belia boleh menyokong usaha pencegahan ini?
JAWAPAN
Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan menyambut baik dan menyokong penglibatan golongan belia secara lebih aktif dalam usaha pengenalpastian awal serta pencegahan tingkah laku yang tidak selamat terhadap kanak-kanak, khususnya dalam konteks peningkatan kes yang dilaporkan selaras dengan pelaksanaan Rangka Kerja Kebangsaan bagi Perlindungan Kanak-Kanak (NFCP). Pendekatan ini sejajar dengan prinsip Whole-of-Nation approach yang menekankan peranan semua lapisan masyarakat, termasuk belia, sebagai rakan strategik dalam perlindungan kanak-kanak.
Pengalaman dan amalan baik di negara lain seperti Singapura (Youth Civil Society Organisation) menunjukkan bahawa penglibatan belia melalui platform sukarelawan dan pertubuhan masyarakat sivil dapat menyumbang secara signifikan dalam aspek pengesanan awal, pencegahan dan sokongan komuniti. Dalam konteks ini, potensi belia di negara ini boleh dimanfaatkan secara lebih sistematik dan terancang.
Memandangkan NFCP merangkumi empat sektor utama iaitu Sektor Pendidikan; Sektor Penguatkuasaan, Sektor Kesihatan dan Sektor Perkhidmatan Sosial, oleh itu, khususnya di bawah sektor Perkhidmatan Sosial, Kementerian ini melihat peluang untuk memperkukuh pemahaman golongan belia mengenai kerangka ini melalui sesi taklimat dan pendedahan yang bersesuaian, terutamanya kepada belia yang terlibat sebagai sukarelawan.
Pendekatan ini membolehkan belia berperanan sebagai ejen kesedaran (awareness) di peringkat masyarakat, termasuk menjadi mentor atau rujukan awal dalam mengenal pasti tanda-tanda awal kanak-kanak yang berpotensi menjadi mangsa.
Secara keseluruhannya, NFCP sememangnya memberi penekanan kepada pengesanan awal dan perlindungan kanak-kanak yang berisiko. Oleh itu, sokongan dan penglibatan belia secara berstruktur bukan sahaja dapat memperluaskan capaian usaha pencegahan, malah turut memperkukuh jaringan perlindungan komuniti secara holistik dan mampan.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.