Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Source: https://www.majlis-mesyuarat.gov.bn/wp-content/uploads/2026/03/Jawapan-Pertanyaan-Jawab-Lisan-Secara-Bertulis-280326-Hari-Kesebelas.pdf

Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL110

SOALAN

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Rahman bin Haji Ibrahim

YANG BERHORMAT PEHIN ORANG KAYA LAILA SETIA DATO SERI SETIA AWANG HAJI ABD. RAHMAN BIN HAJI IBRAHIM meminta MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI DAN MENTERI KEWANGAN DAN EKONOMI II menyatakan apakah tindakan Kementerian dalam mengukuhkan kapasiti pemain industri dalam Kewangan Islam termasuk dalam pengharmonian pengawalseliaan, inovasi kewangan dan peningkatan pengetahuan, bagi memastikan daya tahan, daya saing serta melahirkan lebih ramai pakar kewangan tempatan?

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II

Dalam mengukuhkan kapasiti pemain industri kewangan Islam, pihak Kementerian, melalui Brunei Darussalam Central Bank (BDCB), mengambil pendekatan bersepadu melalui pengukuhan rangka pengawalseliaan, pemacuan inovasi, dan pembangunan modal insan.

Dari sudut pengawalseliaan, penekanan diberikan kepada penyelarasan piawaian dan tadbir urus Syariah bagi memastikan industri beroperasi dalam persekitaran yang stabil, telus, dan berdaya tahan. Pendekatan ini penting bagi meningkatkan keyakinan pasaran serta memperkukuh daya saing institusi kewangan Islam di peringkat domestik dan serantau.

BDCB juga telah menganjurkan Muzakarah Lembaga Penyeliaan Kewangan Syariah sebanyak empat kali sejak ia diperkenalkan pada tahun 2020. Muzakarah ini merupakan platform dialog berterusan antara pengawal selia dan industri untuk bertukar pandangan, berkongsi isu, serta menyelaras pemahaman dalam perkara-perkara berkaitan Syariah. Pendekatan ini menggalakkan keharmonian dalam pelaksanaan tadbir urus Syariah merentasi industri.

Dari aspek inovasi pula, pelbagai platform dan penyelidikan diwujudkan bagi menggalakkan penerokaan bidang baharu seperti pendigitalan kewangan Islam. BDCB telah mengeluarkan beberapa garis panduan Syariah yang bertujuan untuk dijadikan rujukan dalam penstrukturan produk kewangan Islam. Melalui FinTech Regulatory Sandbox yang ditubuhkan pada tahun 2017, syarikat permulaan FinTech ataupun FinTech start-ups juga boleh menguji produk kewangan Islam digital dalam

persekitaran pengawalseliaan yang fleksibel dan tempoh masa dan parameter yang diperuntukkan. Inisiatif seperti Call-for-Papers yang diungkayahkan bersama Brunei Darussalam Islamic Finance (BDIF) Symposium berperanan sebagai pemangkin kepada dialog strategik antara industri, akademia dan pembuat dasar, sekaligus memperkukuh ekosistem inovasi yang mampan.

Manakala dari segi pembangunan kapasiti, tumpuan diberikan kepada peningkatan kompetensi profesional melalui program pensijilan dan latihan khusus dalam bidang fiqh muamalat, sukuk dan perancangan kewangan Islam yang ditawarkan oleh Brunei Institute of Leadership & Islamic Finance (BILIF), iaitu training arm BDCB, serta pusat-pusat latihan di luar negara. Pendekatan ini bertujuan untuk melahirkan lebih ramai pakar kewangan Islam tempatan yang bukan sahaja memiliki kelayakan teknikal, malah mampu memimpin inovasi dan pembangunan industri.

Selain itu, pada bulan Ogos 2025, BDCB juga telah mengeluarkan Draf Rangka Kerja Kompetensi Penasihat Syariah sebagai komponen utama dalam Strategi Pembangunan Penasihat Syariah. Rangka kerja ini menggariskan keperluan latihan dan kompetensi Penasihat Syariah serta menjadi rujukan kepada institusi kewangan Islam dalam pelantikan, penilaian prestasi, pembangunan latihan, dan perancangan penggantian Badan Penasihat Syariah.

Sejak kewangan Islam mula diperkenalkan pada tahun 1991, secara keseluruhannya, seramai 40 orang telah dilantik sebagai ahli badan penasihat Syariah di Negara Brunei Darussalam. Daripada jumlah tersebut, seramai 25 orang masih aktif menjalankan tugas sebagai badan penasihat Syariah di industri kewangan Islam tempatan dan juga di peringkat Lembaga Penyeliaan Kewangan Syariah. Peranan mereka ini amat penting demi memastikan pelaksanaan sistem kewangan Islam adalah patuh Syara'.

Secara keseluruhannya, usaha-usaha ini dilaksanakan bagi memastikan industri kewangan Islam negara kekal berdaya tahan, berdaya saing dan mampu menyumbang secara signifikan kepada pembangunan ekonomi negara selaras dengan aspirasi Wawasan 2035.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.