Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Source: https://www.majlis-mesyuarat.gov.bn/wp-content/uploads/2026/03/Jawapan-Pertanyaan-Jawab-Lisan-Secara-Bertulis-170326-Hari-Keenam.pdf

Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL025

SOALAN

Yang Berhormat Dr. Awang Haji Mahali bin Haji Momin

YANG BERHORMAT DR. AWANG HAJI MAHALI BIN HAJI MOMIN meminta MENTERI SUMBER-SUMBER UTAMA DAN PELANCONGAN menyatakan status perancangan sektor pelancongan negara dalam menampung perubahan struktur ketibaan pelancongan, mengambilkira data ketibaan pelancong udara 2024 adalah pelawat bercuti dan melawat keluarga adalah melebihi 60% dari jumlah ketibaan.

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan

Berdasarkan data terkini bagi tahun 2025, jumlah ketibaan pelancong ke Negara Brunei Darussalam adalah sekitar 763,375 orang iaitu meningkat sekitar 13 peratus dari tahun 2024, dengan majoriti ketibaan udara masih terdiri daripada pelawat yang datang untuk bercuti dan juga melawat keluarga serta rakan (VFR). Corak ini adalah selaras dengan dapatan tahun 2024 di mana lebih 60% ketibaan udara berada dalam segmen tersebut.

Sehubungan itu, perancangan pembangunan sektor pelancongan negara telah disusun secara strategik melalui Tourism Industry Roadmap, di mana pada masa ini Negara Brunei Darussalam berada dalam Fasa Kedua pembangunan industri pelancongan, yang memberi tumpuan kepada menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah destinasi ekopelancongan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa bagi amalan pelancongan lestarinya.

Mengambil kira struktur ketibaan pelancong tersebut, Kementerian melalui Jabatan Kemajuan Pelancongan telah menyesuaikan pendekatan pembangunan sektor melalui beberapa strategi utama.

Pertama, penyesuaian strategi pemasaran dan pembangunan produk pelancongan

Dengan dominasi segmen percutian dan VFR, tumpuan diberikan kepada pembangunan produk berasaskan pengalaman seperti ekopelancongan, warisan budaya dan pelancongan komuniti. Inisiatif seperti Brunei Gastronomy Festival, Brunei Coffee Trail, Brunei December Festival dan MYCE Conference dilaksanakan bagi memperkaya pengalaman pelawat serta meningkatkan tempoh tinggal dan perbelanjaan mereka di negara ini.

Kedua, pengukuhan rantaian nilai industri pelancongan secara bersepadu.

Kementerian terus memperkukuh kerjasama antara pengusaha perhotelan, ejen pelancongan, pengendali perkhidmatan pelancongan serta komuniti tempatan bagi menghasilkan pakej pelancongan yang lebih tersusun dan bernilai tinggi. Pendekatan ini memastikan lebih banyak sektor ekonomi tempatan dapat mengambil bahagian dalam rantaian nilai pelancongan. Sebagai contoh, Sesi Jaringan Perniagaan Bersama Ejen Pelancongan, Penyedia Perkhidmatan Pelancongan dan Pengurus Acara telah diadakan di Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, yang berjaya menghasilkan pakej-pakej kerjasama di bawah Kenali Negara Kitani (KNK) melalui kolaborasi antara pengusaha pelancongan, penyedia perkhidmatan pelancongan dan Majlis Perundingan Kampong. Sesi ini juga meningkatkan kesedaran mengenai produk dan perkhidmatan pelancongan tempatan serta membuka peluang kerjasama yang lebih luas dalam memperkukuh ekosistem pelancongan negara.

Ketiga, pendigitalan dan penyesuaian model perniagaan industri pelancongan.

Memandangkan semakin ramai pelawat merancang perjalanan secara sendiri, pengusaha industri digalakkan untuk mengguna pakai platform tempahan dalam talian serta pemasaran digital melalui saluran Online Travel Agencies seperti CTrip, Agoda dan Klook, bagi meningkatkan visibility produk pelancongan Brunei di peringkat serantau.

Sebagai usaha meningkatkan tarikan produk-produk pelancongan yang ditawarkan, Kementerian telah menyediakan direktori pelancongan di atas talian Explore Brunei yang menghimpunkan lebih daripada 700 produk dan aktiviti pelancongan, sekali gus memudahkan pelawat mendapatkan maklumat mengenai pengalaman pelancongan yang ditawarkan oleh pengusaha tempatan.

Kementerian juga telah melaksanakan program peningkatan keusahawanan dan jaringan strategik B2B. Setakat ini, seramai 17 Pengendali Perkhidmatan Pelancongan berdaftar telah menyertai program keusahawanan tersebut, manakala dua inisiatif jaringan B2B pada tahun 2025 telah menghimpunkan pemain industri yang berkaitan. Sesi pendigitalan pelancongan pada 29 Oktober 2025 pula telah menghimpunkan 62 peserta daripada 37 organisasi yang terdiri daripada pemain industri merangkumi pengusaha perhotelan, ejen pelancongan, pengendali perkhidmatan pelancongan serta komuniti tempatan yang menunjukkan tahap kesediaan pengusaha untuk menggunakan pemasaran digital dan sistem tempahan dalam talian bagi meluaskan jangkauan pasaran mereka.

Di samping itu, Kementerian juga bekerjasama rapat dengan sektor swasta melalui Brunei Darussalam Tourism Industry Working Group, yang berperanan sebagai platform penyelarasan strategik bagi meneliti penambahbaikan infrastruktur, pengalaman ketibaan pelawat serta langkah meningkatkan daya saing destinasi.

Kesemua inisiatif ini dilaksanakan dengan matlamat untuk memastikan sektor pelancongan negara bukan sahaja menyesuaikan diri dengan perubahan struktur ketibaan pelawat, malah mampu meningkatkan nilai ekonomi pelancongan, selaras dengan sasaran negara untuk mencapai sekitar 1 juta ketibaan pelancong dan pendapatan pelancongan sebanyak $675 juta menjelang tahun 2029.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.