Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Source: https://www.majlis-mesyuarat.gov.bn/wp-content/uploads/2026/03/Jawapan-Pertanyaan-Jawab-Lisan-Secara-Bertulis-160326-Hari-Kelima.pdf

Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL086

SOALAN

Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir

YANG BERHORMAT HAJI AWANG SULAIMAN BIN HAJI NASIR meminta MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI menyatakan faktor utama yang menyumbang kepada kenaikan harga barang keperluan asas di negara ini dan bagaimana tahap pendapatan rakyat diselaraskan dengan isu kenaikan kos sara hidup?

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Sebagai sebuah negara kecil yang terbuka dan bergantung kepada import bagi memenuhi sebahagian besar keperluan makanan serta barangan asas, Negara Brunei Darussalam sememangnya terdedah kepada perkembangan dan ketidaktentuan pasaran antarabangsa. Kenaikan harga global ketika ini dipacu oleh faktor-faktor luaran seperti ketegangan geopolitik termasuk di Timur Tengah, yang menjejaskan rantaian bekalan dan kos logistik serta perubahan dasar perdagangan, dan keadaan cuaca ekstrem yang menjejaskan hasil pertanian negara pengeluar utama. Perkembangan ini secara langsung meningkatkan kos import dan seterusnya memberi kesan kepada harga domestik.

Kementerian Kewangan dan Ekonomi melalui Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik (JPES) telah melaksanakan pemantauan harga barangan makanan asasi terpilih secara konsisten sejak akhir tahun 2020. Berdasarkan analisis perbandingan antara tahun 2021 dan 2025 menunjukkan harga ayam bulat meningkat sekitar 10 peratus, antara lain disebabkan kenaikan kos makanan ternakan import seperti jagung dan kacang soya. Harga daging beku, bawang putih dan halia turut meningkat berikutan gangguan bekalan dan kos import yang lebih tinggi. Namun demikian, harga daging segar, bawang merah dan cili menunjukkan penurunan, manakala harga telur ayam gred B kekal relatif stabil.

Selain itu, harga minyak masak dan marjerin juga telah meningkat sehingga sekitar 29 peratus, manakala harga mentega meningkat sehingga 26 peratus, selaras dengan peningkatan harga minyak sayuran yang dipengaruhi oleh hasil tuaian yang terjejas akibat faktor cuaca, peningkatan kos pengeluaran serta permintaan global yang tinggi.

Selain faktor kos dan bekalan, harga juga dipengaruhi oleh corak permintaan pengguna, termasuk kecenderungan terhadap jenama tertentu atau produk premium. Sehubungan itu, pengguna digalakkan membuat perbandingan harga dan memilih alternatif yang lebih berpatutan.

Bagi meningkatkan ketelusan, JPES menerbitkan senarai harga mingguan barangan asasi melalui saluran sesawang rasmi Kementerian. Di samping itu, Kerajaan turut melaksanakan penetapan harga maksimum bermusim menjelang bulan Ramadhan sehingga minggu pertama Syawal bagi barangan terpilih seperti ayam, telur, mentega dan tepung.

Dalam masa yang sama, Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam terus menyediakan subsidi bagi keperluan asas seperti beras, bahan api, elektrik dan air sebagai langkah meringankan kos sara hidup.

Keseluruhannya, langkah pemantauan harga, kawalan bermusim dan penyediaan subsidi mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan untuk memastikan barangan asas kekal boleh diperoleh pada harga yang munasabah dan stabil dalam persekitaran global yang mencabar.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.