Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL126
SOALAN
Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin
YANG BERHORMAT AWANG HAJI SALLEH BOSTAMAN BIN HAJI ZAINAL ABIDIN meminta MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah pertimbangan kerajaan bagi melaksanakan program SkiPPA secara berkontrak bagi projek dengan skop kerja dan deliverables yang lebih jelas.
JAWAPAN
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Seperti sedia maklum, Skim Perantisan Perkhidmatan Awam (SkiPPA) telah diperkenalkan pada bulan November 2024 sebagai satu inisiatif Kerajaan untuk menyediakan platform strategik bagi anak-anak tempatan memperoleh pengalaman kerja yang relevan selama 12 bulan. Melalui pengalaman ini, diharapkan mereka dapat membina asas kukuh untuk kerjaya masa depan.
Setakat ini, Kerajaan belum merancang untuk melanjutkan tempoh perantisan yang ditetapkan. Beberapa pertimbangan diambil kira, antaranya adalah untuk mengurangkan kebergantungan jangka panjang kepada perantis dan memastikan SkiPPA tidak dijadikan penyelesaian jangka panjang bagi keperluan operasi utama organisasi.
Di samping itu, Kerajaan juga mengakui bahawa terdapat beberapa Jabatan dan Kementerian yang memerlukan tenaga kerja dalam bidang khusus bagi melaksanakan projek-projek tertentu yang kritikal. Oleh itu, mana-mana Jabatan atau Kementerian yang mempunyai keperluan selepas tempoh perantisan 12 bulan boleh melaksanakan pengambilan melalui peruntukan kementerian masing-masing, sama ada secara berkontrak, site staff, atau kaedah lain yang bersesuaian.
Seiring dengan itu, Kerajaan sedang melaksanakan manpower audit bagi semua kementerian bagi menyelaraskan keperluan sumber manusia dengan fungsi utama kementerian masing-masing.
Sejajar dengan agenda transformasi Perkhidmatan Awam yang menekankan kecekapan, akauntabiliti, dan penyampaian perkhidmatan berimpak tinggi, Kerajaan akan terus memperkukuh perancangan dan pengurusan sumber manusia secara lebih strategik melalui optimisasi tenaga kerja (manpower optimisation) dan penyelarasan fungsi Jabatan.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.