Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Source: https://www.majlis-mesyuarat.gov.bn/wp-content/uploads/2026/03/Jawapan-Pertanyaan-Jawab-Lisan-Secara-Bertulis-170326-Hari-Keenam.pdf

Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL158

SOALAN

Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee

YANG BERHORMAT DAYANG CHONG CHIN YEE meminta MENTERI KESIHATAN menyatakan tahap kesiapsiagaan kementerian dalam menangani sebarang wabak virus seperti nipah dalam aspek pengesanan klinikal awal dan kesiapsiagaan hospital? Adakah maklumat kesiapsiagaan ini boleh dikongsikan kepada orang awam bagi meningkatkan ketelusan dan kefahaman awam?

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri Kesihatan

Kementerian Kesihatan melaksanakan penilaian risiko secara berterusan terhadap penyakit zoonotik seperti virus Nipah. Penilaian ini menggunakan alat standard yang selaras dengan amalan antarabangsa, mengambil kira situasi serantau, perkembangan global serta faktor risiko tempatan.

Kementerian juga sentiasa berhubung rapat dengan WHO Country Office dan rakan serantau bagi mendapatkan maklumat kemas kini mengenai perkembangan wabak di negara lain. Di peringkat dalaman, status semasa dan penilaian risiko dibentangkan secara berkala supaya kepimpinan dan agensi berkaitan sentiasa dimaklumkan.

Sebagai langkah proaktif, pada Januari 2026 Kementerian telah mengeluarkan kenyataan media berkaitan risiko pengenalan virus Nipah ke Brunei Darussalam, bagi memaklumkan orang ramai mengenai situasi semasa dan langkah berjaga-jaga yang perlu diambil.

Pelan tindak balas dikemaskini secara berterusan, berasaskan penilaian risiko, pengalaman lalu dan latihan simulasi. Langkah ini memastikan sistem sentiasa relevan dan bersedia sebelum berlakunya sesuatu kejadian.

Keupayaan teknikal negara merangkumi pengawasan klinikal dan sindromik untuk pengesanan awal kes mencurigakan, mekanisme notifikasi segera dan pengaktifan tindak balas kesihatan awam, kapasiti makmal untuk pengesanan dan rujukan, serta persediaan hospital termasuk ruang pengasingan dan protokol kawalan jangkitan.

Kementerian mengiktiraf bahawa penyakit zoonotik merupakan ancaman berterusan. Oleh itu, pendekatan One Health terus diperkukuh melalui National Joint Taskforce for Zoonotic Diseases. Aktiviti terbaharu ialah bengkel Zoonotic Disease Prioritisation yang melibatkan sektor kesihatan manusia, kesihatan haiwan, alam sekitar dan keselamatan makanan, bagi memastikan keutamaan negara ditentukan secara berasaskan risiko.

Kementerian komited untuk berkongsi maklumat yang relevan kepada orang ramai, khususnya berkaitan tahap risiko dan langkah pencegahan, bagi meningkatkan kefahaman serta keyakinan awam.

Secara keseluruhan, melalui penilaian risiko berterusan, pengemaskinian pelan tindak balas dan pengukuhan pendekatan One Health, sistem kesihatan negara berada dalam keadaan bersedia untuk menghadapi sebarang ancaman zoonotik termasuk virus Nipah.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.