Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Source: https://www.majlis-mesyuarat.gov.bn/wp-content/uploads/2026/03/Jawapan-Pertanyaan-Jawab-Lisan-Secara-Bertulis-170326-Hari-Keenam.pdf

Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL055

SOALAN

Yang Berhormat Awang Lau How Teck

YANG BERHORMAT AWANG LAU HOW TECK meminta MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI menyatakan jika terdapat penilaian Kementerian terhadap peralihan bakat tempatan ke sektor kurang produktif atau keluar daripada bidang kepakaran asal walaupun berkelayakan tinggi? Bagaimanakah dasar pasaran buruh boleh memastikan bakat tenaga kerja kekal berkualiti tinggi dalam sektor strategik negara?

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Dalam hal ini, adalah diakui bahawa peralihan bakat daripada bidang kepakaran asal adalah sesuatu yang lumrah dalam pasaran kerja yang dinamik, termasuk di Negara Brunei Darussalam. Situasi ini bukan kelemahan, sebaliknya ia memberi nilai tambah strategik kepada perancangan tenaga manusia negara.

Peralihan ke bidang lain tidak semestinya menunjukkan ketidaksesuaian. Ia mencerminkan fleksibiliti dan ketangkasan bakat tempatan, yang sanggup menyesuaikan diri dengan peluang industri, khususnya dalam keadaan pasaran kerja yang semakin dinamik dari segi jenis dan ketersediaan pekerjaan, sejajar dengan perubahan teknologi seperti Artificial Intelligence (AI). Selain kelayakan akademik, pengisian jawatan kini turut menilai kemahiran praktikal, pengalaman luas, dan modal sosial yang mana adalah semua elemen penting bagi memastikan keberkesanan sektor masing-masing.

Data terkini dari Graduate Employment Survey 2023 mencatatkan kadar job relevance graduan adalah pada kadar 56.9 peratus. Ini jelas memerlukan strategi penempatan bakat yang lebih tepat dan berkesan, agar tenaga kerja di negara ini selari dengan keperluan industri masa depan.

Dalam konteks ini, Manpower Industry Steering Committee (MISC) di bawah Majlis Perancangan Tenaga Manusia dan Pekerjaan (MPEC) telah meneliti dan menyelaraskan dasar dan program pembangunan tenaga kerja. Matlamatnya jelas untuk memastikan bakat tempatan kekal berkualiti tinggi, relevan, dan berdaya saing dalam sektor strategik negara, sebagai haluan pembelajaran sepanjang hayat (life-long learning).

Sejak Ogos 2025, MISC menumpukan perhatian kepada enam (6) sektor strategik utama, iaitu:

  • Tenaga
  • Pembinaan
  • Pengangkutan dan Logistik
  • Hospitaliti dan Pelancongan
  • Info-Komunikasi dan Teknologi
  • Permakanan (baharu)

Penekanan ini adalah selaras dengan Economic Blueprint, dalam memastikan bakat tempatan terus diperkasa, relevan, dan mendukung pembangunan sektor kritikal negara. Dengan langkah ini, negara ini bukan sahaja mengekalkan tenaga kerja berkualiti tinggi serta membolehkan pekerja untuk menjadi lebih versatile dalam menyesuaikan diri kepada keperluan industri, malah memperkukuh daya saing negara di peringkat serantau dan global.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.