Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL149
SOALAN
Yang Berhormat Awang Haji Daud bin Jihan
YANG BERHORMAT AWANG HAJI DAUD BIN JIHAN meminta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah status dan kesinambungan projek Integrated National Education Information System (iNEIS) pada masa ini, serta perancangan penaiktarafan atau penggantian sistem tersebut selaras dengan aspirasi MOE Digital Transformation Plan 2023-2027?
JAWAPAN
Yang Berhormat Menteri Pendidikan
Untuk makluman, Sistem Integrated National Education Information System (iNEIS) tidak lagi digunakan sejak tahun 2021 memandangkan peralatan server sistem tersebut telah mencapai jangka hayat penggunaannya dan tidak lagi dapat menyokong keperluan operasi serta keselamatan secara optimum.
Sehubungan itu, selaras dengan aspirasi Pelan Transformasi Digital Kementerian Pendidikan 2023–2027, projek School Enterprise Resource Planning System (SERPS) telah dikenal pasti untuk dilaksanakan di bawah Rancangan Kemajuan Kedua Belas (RKN12).
Sistem SERPS ini bertujuan membangunkan satu platform maklumat pendidikan yang berpusat dan bersepadu, meliputi pengurusan data pelajar, guru serta sekolah-sekolah secara menyeluruh. Pelaksanaannya dijangka meningkatkan kecekapan pentadbiran, memperkukuh ketelusan data serta menyokong proses perancangan dan keputusan yang lebih berasaskan data.
Pada masa ini, Kementerian menggunakan sistem dalaman yang dibangunkan secara in-house iaitu Data Collection Platform (DCP) bagi tujuan pengumpulan dan pengurusan data. Platform ini akan disepadukan ke dalam sistem SERPS bagi memastikan kesinambungan data serta memperkukuh integrasi maklumat secara menyeluruh.
Projek SERPS kini berada di peringkat proses tawaran, dan Kementerian akan memastikan pelaksanaannya dilaksanakan secara teratur, selamat dan mampan bagi menyokong keperluan jangka panjang sistem pendidikan negara.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.