Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL032
SOALAN
Yang Berhormat Awang Amran bin Haji Maidin
YANG BERHORMAT AWANG AMRAN BIN HAJI MAIDIN meminta MENTERI PEMBANGUNAN menjelaskan keperluan penyambungan Occupational Permit bagi bangunan komersial yang memerlukan surat akuan Jabatan Bomba dan pelan baru ABCi, walaupun tidak ada perubahan struktur. Apakah usaha yang boleh dilaksanakan bagi memudahkan proses tanpa menjejaskan keselamatan?
JAWAPAN
Yang Berhormat Menteri Pembangunan
Mengenai dengan penyambungan Occupational Permit atau OP, Kementerian Pembangunan ingin membuat pencerahan bahawa tidak ada permohonan bagi penyambungan OP. Walau bagaimanapun, Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi) telah menyediakan Borang Senarai Semak Bagi Kerja-Kerja Bangunan Bagi Bangunan Bukan Perumahan Persendirian (Insignificant Non-Residential) untuk memudahkan pihak Pemaju mengesahkan bahawa kerja-kerja ubahsuai unit bangunan komersial yang dilaksanakan adalah di dalam senarai Insignificant – yang tidak perlu dihadapkan bagi permohonan kemajuan ke pihak ABCi, atau sebaliknya Significant.
Berhubung dengan surat akuan Jabatan Bomba yang disebutkan. Ianya adalah Sijil Perakuan Bomba yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat yang ditetapkan dalam Akta Keselamatan Kebakaran Penggal 243, yang mana sah selama tempoh satu tahun dan perlu diperbaharui setiap tahun bagi bangunan komersial dan industri. Sijil tersebut adalah bertujuan bagi memastikan tahap keselamatan kebakaran yang mencukupi sebelum sesuatu bangunan atau premis diduduki, digunakan atau beroperasi, bagi melindungi nyawa, harta benda serta kepentingan awam.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.