Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL081
SOALAN
Yang Berhormat Awang Haji Md. Salleh bin Haji Othman
YANG BERHORMAT AWANG HAJI MD. SALLEH BIN HAJI OTHMAN meminta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan bagaimana cara pencapaian pelajar dalam aspek nilai sivik dan sahsiah dinilai dan diukur secara menyeluruh dan holistik, yang bukan hanya melalui peperiksaan?
JAWAPAN
Yang Berhormat Menteri Pendidikan
Pencapaian pelajar dalam aspek nilai Melayu Islam Beraja (MIB) memang diukur secara menyeluruh dan holistik, bukan semata-mata melalui peperiksaan bertulis sahaja. Sebagai contoh, dalam penilaian sekolah rendah bagi PSR, mata pelajaran MIB dinilai melalui dua komponen utama iaitu 60% peperiksaan bertulis bagi mengukur kefahaman konsep dan pengetahuan, manakala 40% lagi melalui projek dan pembentangan yang menilai penghayatan, aplikasi nilai serta kemahiran komunikasi pelajar.
Selain itu, melalui Penilaian Keseluruhan Sekolah, aspek Whole School Evaluation (WSE), sikap dan nilai turut dinilai secara berterusan oleh pihak sekolah berdasarkan amalan dan tingkah laku harian pelajar. Antara elemen yang diberi perhatian termasuk semangat patriotik, sikap bersopan santun, hormat-menghormati, tanggungjawab, disiplin serta penglibatan dalam aktiviti sekolah dan komuniti.
Berdasarkan penilaian dalaman yang melibatkan 153 buah sekolah pada tahun 2024, purata pencapaian keseluruhan bagi Sekolah Rendah ialah Band 3.4, Sekolah Menengah Band 3.7, manakala Maktab dan Pusat Tingkatan Enam mencatat Band 4.2. Sekolah yang mencapai Band 3 dikategorikan sebagai mencapai tahap baik, Band 4 sebagai sangat baik, manakala Band tertinggi iaitu Band 5 menunjukkan tahap cemerlang.
Pendekatan ini menunjukkan bahawa penilaian nilai dan sahsiah pelajar dilaksanakan secara sistematik dan berterusan bagi memastikan pembentukan insan yang berilmu, berakhlak dan berjati diri selaras dengan aspirasi pendidikan negara.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.