Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Source: https://www.majlis-mesyuarat.gov.bn/wp-content/uploads/2026/03/Jawapan-Pertanyaan-Jawab-Lisan-Secara-Bertulis-140326-Hari-Ketiga.pdf

Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL040, PL124 & PL125

SOALAN

Yang Berhormat Awang Amran bin Haji Maidin

YANG BERHORMAT AWANG AMRAN BIN HAJI MAIDIN meminta MENTERI PENGANGKUTAN DAN INFOKOMUNIKASI menyatakan sebab keperluan bagi pembaharuan tahunan bagi Non-Used Vehicle, dan sama ada ada pertimbangan bagi permohonan status tersebut untuk dibuat sekali sahaja dan kekal berkuatkuasa sehingga kenderaan berkenaan dipohon untuk digunakan semula?

Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin

YANG BERHORMAT PENGIRAN HAJI ISA BIN PENGIRAN HAJI ALIUDDIN meminta MENTERI PENGANGKUTAN DAN INFOKOMUNIKASI menyatakan apakah usaha yang dilaksanakan bagi memastikan kenderaan berusia lebih 7 tahun atau kenderaan baharu yang telah diubahsuai adalah road worthy? Adakah proses pembaharuan lesen kenderaan di pusat VIS melibatkan pemeriksaan rekod yang lengkap?

YANG BERHORMAT PENGIRAN HAJI ISA BIN PENGIRAN HAJI ALIUDDIN meminta MENTERI PENGANGKUTAN DAN INFOKOMUNIKASI menyatakan jika terdapat siasatan ke atas isu (i) kenderaan komersil Brunei yang memasuki negara ini melalui sempadan darat seperti Labu yang ditahan kerana permit 'S' dan (ii) kenderaan komersil dari negara jiran dengan permit transit yang dibenarkan menghantar barangan seperti Pasar Gadong?

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi

Terima kasih kepada Yang Berhormat Awang Amran bin Haji Maidin di atas soalan yang diajukan mengenai pembaharuan tahunan bagi 'Non-Used Vehicle'.

Untuk makluman Yang Berhormat, dasar Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) adalah merujuk kepada Peraturan-Peraturan Lalulintas Jalan Raya (Perlesenan Kenderaan Bermotor dan Treler), 2013 menyatakan bahawa mana-mana pemilik kenderaan berdaftar di bawah JPD yang dikecualikan dari membuat apa-apa bayaran lesen kerana tidak menggunakan mana-mana kenderaan bermotor hendaklah membuat pengisytiharan 'Tidak Menggunakan Kenderaan' ('Non-Use') dengan memberi notis kepada JPD.

Dengan pengisytiharan tersebut, kenderaan adalah dikecualikan daripada membayar Lesen Kenderaan (VL) sepanjang tempoh tidak digunakan, dan ianya adalah tidak dibenarkan sama sekali digunakan di jalan raya awam.

Tempoh notis tidak menggunakan kenderaan yang diberikan adalah satu (1) tahun dari tarikh ianya diluluskan dengan bayaran sebanyak $5.00. Permohonan baru hendaklah dibuat selepas tempoh satu tahun, jika pengecualian membayar lesen kerana tidak menggunakan kenderaan berkenaan dilanjutkan kepada suatu tempoh baharu.

Dalam hal ini, soalan Yang Berhormat sama ada ada pertimbangan bagi permohonan status tersebut untuk dibuat sekali sahaja dan kekal berkuatkuasa sehingga kenderaan berkenaan dipohon untuk digunakan semula, ianya adalah diambil maklum mengenainya dan akan diteliti keperluan serta kesesuaiannya.

Seterusnya, beralih kepada dua (2) soalan yang diajukan oleh Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin mengenai usaha dan pemeriksaan yang dijalankan oleh Pusat VIS bagi memastikan kenderaan 7 tahun atau kenderaan baharu yang telah diubahsuai adalah road worthy serta kenderaan komersil.

Kenderaan 7 tahun atau kenderaan baharu yang telah diubahsuai adalah road worthy

Bagi memastikan kenderaan yang sudah berusia lebih 7 tahun adalah layak dipandu di jalan raya (roadworthy), kenderaan persendirian berumur 7 tahun ke atas dari tarikh pendaftaran adalah dikehendaki untuk diperiksa atau melalui ujian kelayakan jalan raya di mana-mana Stesen Pemeriksaan Kenderaan (VIS) yang diluluskan oleh Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) sebelum Lesen Kenderaan (Vehicle License – VL) boleh diperbaharui.

Bagi pemeriksaan kenderaan di VIS yang diiktiraf, memang ada standard (piawaian) dan proses pemeriksaan kelayakan jalan raya yang telah ditetapkan oleh pihak JPD untuk dilaksanakan oleh stesen pemeriksaan kenderaan tersebut. Antaranya termasuklah juga mengemukakan dokumen-dokumen yang diperlukan semasa membuat pemeriksaan. Ini adalah bagi memastikan:

(i) Spesifikasi kenderaan dan dokumen adalah betul dan tiada sebarang perubahan dan pengubahsuaian;

(ii) Badan dan komponen kenderaan berada dalam keadaan baik serta sama ada penggantian atau pembaikan diperlukan.


Nota: Senarai stesen pemeriksaan yang diiktiraf berkenaan bolehlah dirujuk melalui laman sesawang JPD.

Manakala, bagi hal berkaitan dengan kenderaan-kenderaan yang diubahsuai, adalah dimaklumkan bahawa pengubahsuaian kenderaan yang bukan daripada spesifikasi asal pengeluar hendaklah dipohonkan kepada pihak Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) dan ianya tertakluk jua kepada kelulusan daripada JPD (tidak semua pengubahsuaian dibenarkan). Dalam hal ini, bagi memastikan sebarang pengubahsuaian kenderaan, sama ada kenderaan lama ataupun baharu tersebut tidak melanggar peraturan yang disyaratkan, pemeriksaan atau penguatkuasaan lazimnya akan dilaksanakan melalui rondaan atau sekatan jalan raya yang dijalankan oleh agensi-agensi berkenaan. Jika didapati sebarang pengubahsuaian kenderaan yang bukan dari spesifikasi asal dan tidak mempunyai kebenaran dari JPD, maka pemilik kenderaan tersebut adalah didapati melakukan kesalahan di bawah Peraturan Lalulintas Jalan Raya dan boleh dikenakan denda.

Kenderaan Komersial:

Bagi menjawab soalan berkenaan siasatan kenderaan komersial, jika sekiranya kenderaan komersial tersebut mempunyai permit rentas sempadan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Darat masih sah laku, ianya memang tidak menjadi masalah untuk dibenarkan masuk ke negara ini.

Melainkanlah jika sekiranya kenderaan komersial tersebut ditahan atas sebab di luar kawalan JPD yang mana melibatkan agensi-agensi penguatkuasaan lain seperti isu-isu berkaitan dengan kastam, imigresen, kuarantin dan sebagainya.

Merujuk kepada pertanyaan berkaitan kenderaan komersil dari negara jiran dengan permit transit untuk menghantar barangan seperti di Pasar Gadong. Sukacita dikongsikan bahawa terdapat dua (2) jenis permit bagi tujuan yang dipohonkan:

(i) Permit Transit – adalah digunakan bagi kenderaan komersial yang ingin melintas batas tanpa membuat sebarang persinggahan; dan

(ii) Permit Interstate – adalah permit bagi kenderaan komersial yang berhasrat untuk berurusan pada tempat yang dinyatakan di dalam permit yang dipohonkan sahaja, sebagai contohnya Pasar Gadong.

Untuk makluman, permohonan permit lintas batas bolehlah dipohonkan melalui Bahagian Pelesenan Kenderaan Komersial dan Pengangkutan Awam di Jabatan Pengangkutan Darat.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.