Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Source: https://www.majlis-mesyuarat.gov.bn/wp-content/uploads/2026/03/Jawapan-Pertanyaan-Jawab-Lisan-Secara-Bertulis-250326-Hari-Kesembilan.pdf

Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL098

SOALAN

Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan

YANG BERHORMAT AWANG ABDUL AZIZ BIN HAJI HAMDAN meminta MENTERI PENGANGKUTAN DAN INFOKOMUNIKASI menyatakan usaha kementerian dalam meningkatkan dan mengintegrasikan teknologi digital untuk dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat serta sektor perniagaan?

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi

Usaha ke arah Pendigitalan Industri
(Industry Digitalisation – Digital Economy Masterplan)

Pendigitalan Industri merupakan salah satu teras strategik yang dikenalpasti di bawah Pelan Induk Ekonomi Digital 2025 (Digital Economy Masterplan 2025) yang tertumpu kepada memperkasakan pengusaha tempatan melalui transformasi digital dan seterusnya mendokong pertumbuhan sosio-ekonomi negara.

Pelan Induk tersebut telah menamatkan fasa pelaksanaannya, dan Alhamdulillah antaralainnya merangkumi pelaksanaan 'Digital Payment Hub' yang merupakan infrastruktur utama bagi mendokong pendigitalan industri. Melalui platform 'Digital Payment Hub' (Tarus) ini, ianya membolehkan penyepaduan antara pelbagai sistem pembayaran sekaligus membolehkan para pengguna membuat pembayaran segera kepada sesiapa sahaja di negara ini. Pelaksanaan 'pilot phase' bagi projek ini telah selesai dijalankan pada suku ketiga tahun 2024. Platform Tarus telah mula dilancarkan ('soft-launch') pada bulan Mac 2025 yang membolehkan pemindahan wang ('fund transfer') melalui nombor telefon, dan perkhidmatan tersebut tersedia secara 24/7. Sehingga kini, lebih daripada BND 2 Juta transaksi telah diproses, dan sebanyak 15,500 pengguna unik telah berjaya didaftarkan ke dalam platform Tarus.

Selain daripada itu, pihak AITI juga telah melaksanakan beberapa inisiatif yang bertujuan untuk memacu penerapan teknologi digital di dalam sektor perindustrian dengan mendorong penggunaan solusi digital di kalangan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS). Antara inisiatif yang sedang dijalankan termasuk:

(i) Skim PENJANA - diperkenalkan pada Februari 2022, PENJANA (Productivity and Efficiency Joint Funding for Digital Adoption) merupakan satu skim pembiayaan kewangan berbentuk perkongsian kos ('cost-sharing') bagi membantu PMKS menggunapakai teknologi infokomunikasi (ICT) dan solusi digital. Skim ini menawarkan sehingga 100% subsidi yuran langganan dan 14 penyelesaian digital ('digital solutions') seperti 'Digital Point of Sale' (POS) dan Sistem Pengurusan Sumber Manusia (HRMS). Program ini juga bagi menggalakkan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) untuk menggunapakai penyelesaian digital dalam meningkatkan produktiviti, mengurangkan kos operasi dan meningkatkan kecekapan keseluruhan.

(ii) MSME Tech Clinic - telah diperkenalkan pada awal tahun 2022 dan dilancarkan pada Mac 2023. Ianya merupakan salah satu inisiatif AITI untuk membantu meningkatkan penggunaan teknologi digital di kalangan PMKS tempatan. Program ini menawarkan khidmat nasihat teknikal dan perkhidmatan konsultasi percuma serta perbincangan terbuka dengan pihak konsultan untuk memahami bagaimana aplikasi digital akan dapat diguna pakai dalam operasi dan perniagaan mereka. Program ini telah tamat pada Jun 2025 dimana sebanyak 69 PMKS telah menggunakan perkhidmatan tersebut.

(iii) Program Startup 673 - merupakan projek usahasama yang dikendalikan oleh pihak Shell LiveWIRE Brunei, Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei dan AITI, melalui platform Brunei Innovation Lab (BIL). Diperkenalkan pada bulan Januari 2024 sebagai sebuah platform yang berperanan memupuk keusahawanan dan inovasi dengan penjanaan idea berinovatif yang mampu meningkatkan perkembangan perniagaan tempatan. Antara hasil yang dihasratkan adalah pengeluaran idea inovatif berkaitan dengan solusi digital dan teknologi. Ia akan dijalankan melalui tiga (3) fasa pendekatan iaitu Idea dan Inovasi; Pengesahan dan Prototaip; dan Pertumbuhan dan Pembangunan. Sehingga kini, sebanyak tiga (3) kohort ('cycle') telah selesai dikendalikan dengan seramai 167 orang peserta, manakala seramai 66 peserta dicatatkan bagi Edisi Kementerian Kesihatan. Alhamdulillah, sebanyak 25 buah syarikat pemulaan telah ditubuhkan berikutan hasil daripada usahama tersebut.

(iv) Program Tech Immersion – program ini dimulakan pada tahun 2022 bagi peserta-peserta lepasan BICTA dan syarikat 'Start-Up' yang terpilih untuk terus memajukan produk mereka dengan meningkatkan lagi nilai produk peserta (Minimum Viable Product (MVP)) dan memberikan kelebihan daya saing untuk kelestarian di pasaran domestik dan antarabangsa.

Program ini adalah program bimbingan secara sistematik oleh pakar-pakar antarabangsa selama 5 minggu untuk menerapkan teknologi seperti 'Artificial Intelligence', 'Internet of Things' (IoT) dan 'Data Analytics' kepada produk peserta dan juga untuk memastikan produk dapat dikomersialkan.

Sebanyak lapan belas (18) buah syarikat 'Start-up' telah mengikuti program ini dan mengeluarkan produk seperti 'Rubryx AI' dari Syarikat RVest dan 'Smart Farming using AI and IoT' dari Fatih Aquaculture.

Digital Brunei 2030: DBTP

Sebagai langkah lanjut, usaha berterusan juga sedang giat dilaksanakan dalam penyediaan Pelan Induk Digital Brunei 2030: Digital Brunei Transformation Plan yang mana merupakan kesinambungan kepada Pelan Induk Ekonomi Digital yang lalu.

Antara tindakan-tindakan utama dan keperluan dasar yang telah dibincangkan dalam penyediaan Pelan Induk Digital Brunei 2030 ('Digital Brunei Transformation Plan') adalah:

(i) Dari segi aspek ekonomi digital ('digital economy'), keperluan bagi meneliti semula dasar-dasar untuk menggalakkan perniagaan tanpa tunai ('cashless businesses') dengan mengetengahkan faedah; menggalakkan penggunaan sistem tanpa tunai dan saling beroperasi bagi memastikan integrasi yang lancar; dan menarik pelaburan dalam pembangunan pusat data, tenaga hijau, dan 'national cloud' negara.

(ii) Mengenai dengan tenaga kerja berkemahiran digital ('Digitally Skilled Workforce'), adalah untuk mengekalkan penglibatan dengan industri bagi memastikan kemahiran ICT selaras dengan keperluan tenaga kerja semasa; melaksanakan penempatan yang diterajui oleh industri bagi memberikan pendedahan sebenar di tempat kerja; dan memperluaskan kerjasama dengan rakan antarabangsa untuk meningkatkan pendedahan dan pengalaman di peringkat global.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.