Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL060
SOALAN
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman
YANG BERHORMAT PEHIN ORANG KAYA INDERA PAHLAWAN DATO SERI SETIA AWANG HAJI SUYOI BIN HAJI OSMAN meminta MENTERI PEMBANGUNAN menyatakan tindakan jangka pendek serta perancangan jangka panjang dalam menangani banjir di kawasan yang mudah banjir, termasuk mengenalpasti tempat-tempat yang berkemungkinan untuk dilanda banjir?
JAWAPAN
Yang Berhormat Menteri Pembangunan
Pihak Kementerian melalui Jabatan Saliran dan Pembetungan telah mengenal pasti kawasan-kawasan yang dikategorikan sebagai hotspot atau kawasan mudah banjir dan seterusnya melaksanakan langkah-langkah yang bersesuaian bagi menangani kejadian tersebut secara berperingkat.
Bagi tindakan jangka masa pendek, ia melibatkan kerja-kerja pemeliharaan dan penyelenggaraan sistem saliran sedia ada yang menggunakan peruntukan berulang-ulang, termasuk longkang konkrit dan longkang tanah di bawah kawalan Jabatan Saliran dan Pembetungan, Jabatan Kerja Raya. Kerja-kerja ini dilaksanakan secara berterusan melalui kontrak penggal bagi memastikan aliran air sentiasa lancar dan berfungsi dengan baik. Selain itu, pelaksanaan Kajian Kemungkinan (Feasibility Study) turut dijalankan sebagai sebahagian daripada tindakan jangka pendek. Hasil kajian ini akan menjadi asas kepada perancangan projek pembinaan bagi penyelesaian jangka masa panjang.
Manakala tindakan jangka masa panjang melibatkan pelaksanaan projek-projek pembinaan yang lebih menyeluruh menerusi RKN, termasuk pembinaan dan penaiktarafan longkang, kolam takungan dan kolam tadahan, pembinaan benteng atau ban sungai, stesen pam saliran, kerja-kerja pengorekan dan pelebaran sungai serta perlaksanaan perlindungan persisiran pantai.
Sebagai salah satu inisiatif berterusan, Kementerian turut menyimpan dan menganalisa rekod kejadian banjir di seluruh Negara Brunei Darussalam. Kawasan yang mencapai tahap kekerapan tertentu akan diklasifikasikan sebagai hotspot banjir dan akan diberikan pemantauan rapi, khususnya semasa musim hujan dan musim tengkujuh. Antara kawasan yang dikenal pasti termasuk Kawasan Kampong Pasai dan Mulaut, Kampong Kupang, kawasan Pekan Belait, Kg Mumong, Masjid Pekan Seria dan Mukim Keriam.
Selaras dengan keperluan memperkukuhkan daya tahan infrastruktur terhadap perubahan iklim, Kementerian telah meneliti peningkatan piawaian rekabentuk sistem saliran daripada 50-Year Storm Return Period kepada 1 in 100 Years Storm Return Period bagi kawasan-kawasan strategik dan berisiko tinggi. Dari kajian ini yang mengambil kira data hujan, laporan banjir dan maklumat kenaikan paras laut, maka Kementerian telah mengenalpasti pelan tindakan jangka pendek dan jangka panjang untuk dipohonkan peruntukan berulang-ulang setiap tahun dan RKN setiap lima tahun.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.