Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL033
SOALAN
Yang Berhormat Awang Amran bin Haji Maidin
YANG BERHORMAT AWANG AMRAN BIN HAJI MAIDIN meminta MENTERI PEMBANGUNAN menyatakan jika terdapat dasar dan hala tuju jangka panjang untuk Kampong Ayer sebagai usaha pemeliharaan identiti tradisional, pemodenan, keselamatan, keselesaan dan kualiti hidup penduduk tanpa menjejaskan nilai kemasyarakatan.
JAWAPAN
Yang Berhormat Menteri Pembangunan
Dasar dan strategi kemajuan Kampung Ayer terkandung dalam Pelan Induk Bandar Seri Begawan di bawah kawalan pihak Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, yang mana turut memperincikan dasar dan hala tuju jangka panjang Kampung Ayer serta strategi pemeliharaan kawasan tersebut.
Kementerian Pembangunan sebagai penyedia infrastruktur dan pemeliharaan kemudahan asas awam telah melaksanakan inisiatif-inisiatif kemajuan Kampong Ayer. Antaranya;
-
Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi melaksanakan Projek Pengutipan Sampah yang melibatkan 8 kampong di Kampong Ayer dengan kos perbelanjaan sebanyak $25,000 sebulan serta Projek Pembersihan Sungai Brunei menggunakan Skimmer Boats dengan kos perbelanjaan $100,000 sebulan.
-
Projek pembaikan/pembinaan Kampong Ayer Walkway yang dilaksanakan melalui kerjasama antara Jabatan Daerah Brunei/Muara dan Jabatan Kerja Raya yang mana Jabatan Kerja Raya memberikan kidmat nasihat dari segi teknikal, perangkaan kos dan kerja-kerja pembaikan jambatan.
-
Projek Penyelenggaraan dan Pembaikan Paip Air di Kampong Ayer berjumlah $68,000 bagi tahun kewangan 2025/2026.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.