Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Source: https://www.majlis-mesyuarat.gov.bn/wp-content/uploads/2026/03/Jawapan-Pertanyaan-Jawab-Lisan-Secara-Bertulis-280326-Hari-Kesebelas.pdf

Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL047 & PL107

SOALAN

Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohamed

YANG BERHORMAT AWANG ZAINOL BIN HAJI MOHAMED meminta MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI DAN MENTERI KEWANGAN DAN EKONOMI II menyatakan berkenaan pelan kesiapsiagaan bagi menangani cabaran dalam sektor minyak dan gas dan sektor manakah yang dijangka dapat mengimbangi keperluan dalam mempelbagaikan ekonomi berdasarkan kapasiti semasa negara?

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Rahman bin Haji Ibrahim

YANG BERHORMAT PEHIN ORANG KAYA LAILA SETIA DATO SERI SETIA AWANG HAJI ABD. RAHMAN BIN HAJI IBRAHIM meminta MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI DAN MENTERI KEWANGAN DAN EKONOMI II menyatakan status pencapaian empat (4) kluster utama ekonomi dan perancangan untuk review/restrategise pelaksanaannya yang mengambilkira perkembangan terkini seperti perubahan geo-politik, perkembangan teknologi terutamanya AI, perubahan iklim, tenaga yang diperbaharui, yang berpotensi merubah corak permintaan, penggunaan, dan rantaian pembekalan?

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II

Cabaran-cabaran global yang semakin kompleks sememangnya boleh memberi kesan kepada pembangunan ekonomi negara kita. Pada itu, usaha-usaha untuk mempelbagaikan ekonomi negara haruslah dipercepatkan lagi, terutamanya juga dalam mengurangkan kebergantungan kepada sektor minyak dan gas.

Dalam mendokong hal ini, Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mengambil pendekatan yang terancang dan berfasa, berpandukan hala tuju pembangunan ekonomi yang digariskan di dalam Brunei Darussalam Economic Blueprint. Fokus utama adalah ditumpukan kepada pembangunan sektor-sektor bukan minyak dan gas yang berdaya saing dan berorientasikan eksport.

Ini tertumpu khususnya jua kepada lima Sektor Keutamaan yang telah dikenalpasti, iaitu Sektor Hiliran Minyak dan Gas, Sektor Makanan, Sektor Perkhidmatan (termasuk maritim dan logistik), Sektor Pelancongan dan jua Sektor ICT, yang mana akan terus menjadi penggerak pertumbuhan untuk menerajui pembangunan dan kepelbagaian ekonomi negara.

Alhamdulillah, sektor-sektor keutamaan tersebut telahpun mencatatkan pertumbuhan KDNK yang menggalakkan dengan mencatat purata pertumbuhan sebanyak 5.5 peratus setahun dalam tempoh 10 tahun kebelakangan, iaitu meningkat daripada BND2.4 bilion pada tahun 2015 kepada BND4.0 bilion pada tahun 2025.

Pencapaian ini dipacu oleh hasil daripada inisiatif-inisiatif strategik yang telah giat dilaksanakan merentas lima Sektor Keutamaan tersebut, terutamanya jua dengan menarik pelaburan-pelaburan yang berimpak tinggi yang telah dapat memperluaskan rantaian nilai dan meningkatkan kapasiti pengeluaran domestik, antara contohnya adalah seperti:

  • Di dalam Sektor Hiliran Minyak dan Gas, dengan pelaksanaan projek Kompleks Penapisan dan Petrokimia Hengyi Industries di Pulau Muara Besar (PMB), iaitu projek pelaburan asing langsung (FDI) yang terbesar di negara ini dan memainkan peranan penting dalam mengukuhkan keselamatan tenaga di Negara Brunei Darussalam dan memacu pertumbuhan ekonomi. Usaha ini akan dilanjutkan lagi dengan Projek Peluasan Fasa 2, yang dijadualkan siap pada akhir tahun 2028 dan akan meningkatkan kapasiti penapisan kepada 20 juta tan metrik setahun (400,000 tong sehari), berbanding kapasiti sebanyak 8 juta tan setahun pada masa ini. Di samping itu, ianya akan juga membolehkan penghasilan produk-produk petrokimia terbitan bernilai tinggi (high-value derivatives) seperti ethylene, poly-ethylene dan butadiene serta mewujudkan aktiviti huluan lanjut (further downstream activities) baharu termasuk produk-produk pengguna seperti tekstil dan karpet. Selain impak ekonomi, Projek Fasa 2 ini juga dijangka akan mewujudkan lebih 2,000 peluang pekerjaan baharu.

  • Dalam Sektor Perkhidmatan, khususnya di dalam bidang maritim dan logistik, perkembangan aktiviti-aktiviti perkhidmatan di Pelabuhan Muara mencerminkan keyakinan yang kian meningkat daripada pengguna-pengguna serantau dan antarabangsa, dan seterusnya mengukuhkan lagi hasrat negara untuk menjadi hab logistik yang cekap. Pelabuhan Muara kini menawarkan 9 laluan perkapalan (shipping routes) ke 12 destinasi melalui 6 syarikat perkapalan (shipping lines). Memandang ke hadapan, hasrat yang disasarkan adalah untuk meningkatkan pencapaian ini kepada lebih banyak lagi laluan perkapalan, seterusnya meningkatkan destinasi dan jumlah syarikat perkapalan. Perkembangan ini antara lainnya telah didokong dengan adanya penubuhan syarikat usaha sama baharu iaitu NEXT Bahtera Maritime Sdn Bhd pada Februari 2026 yang menghubungkan Pelabuhan Muara dengan pelabuhan-pelabuhan strategik seperti Lianyungang di Republik Rakyat China, Jakarta di Republik Indonesia, dan Subic di Republik Filipina. Syarikat ini telah ditubuhkan bagi melengkapkan kerjasama logistik sedia ada dan mengurangkan kebergantungan kepada rangkaian perkapalan luar, serta memperkukuh kedudukan negara dalam rangkaian bekalan serantau. Selain itu, penubuhan laluan perkapalan terus oleh Shandong International Transportation Corporation (SITC) dan Warisan Shipping Lines yang menghubungkan Pelabuhan Muara ke Pelabuhan Qinzhou, juga telah memendekkan tempoh pelayaran daripada 12 hari kepada 7 hari.

  • Seterusnya, usaha-usaha di Sektor Makanan telahpun difokuskan kepada peningkatan produktiviti yang dipacu melalui penerapan inovasi dan teknologi terkini seperti melalui vertical farming, aquaponics, teknologi pertanian tepat (precision farming), penggunaan IoT bagi penambahbaikan tanaman, serta penggunaan sistem solar dan pemantauan AI bagi aktiviti akuakultur. Cadangan pembangunan projek-projek strategik seperti Agri-Tech Food Zone dan Aquaculture Innovation Centre di Negara Brunei Darussalam dengan kerjasama Kerajaan Singapura serta juga penaiktarafan fasiliti Brunei Food Industry Development (BFID) (yang dijangka akan beroperasi pada suku pertama Tahun Kewangan 2026/2027) merupakan antara inisiatif-inisiatif yang sedang diusahakan untuk meningkatkan lagi kapasiti pengeluaran tempatan dan memperkukuhkan daya tahanan bekalan makanan negara.

  • Sektor ICT berperanan penting sebagai pemudahcara (enabler) utama dalam usaha peningkatan produktiviti merentas industri. Pada itu, Negara gigih berusaha untuk memperkukuhkan lagi infrastruktur digital, iaitu antaralainnya dengan pembangunan pusat data yang berasaskan AI, serta fasiliti pusat data dengan reka bentuk yang diperakui Tier III bertaraf antarabangsa, yang mana akan memperkukuh perkhidmatan co-location hosting kepada perusahaan, agensi Kerajaan dan penyedia perkhidmatan domestik untuk menampung pengendalian pemprosesan workload yang lebih cekap. Usaha penerapan AI selaras dengan perkembangan teknologi terkini juga semakin mendapat perhatian di ekonomi negara kita. Ini dapat dilihat seperti melalui adanya pelaksanaan GPU AI berprestasi tinggi melalui pelancaran platform aplikasi AI pertama negara bagi menyokong Kementerian Kesihatan serta pengguna aplikasi BruHealth; dan juga inisiatif dalam mengintegrasi teknologi AI serta SMART Customs di dalam proses pelepasan barangan secara automatik bagi perdagangan rentas sempadan melalui perancangan usaha transformasi Brunei Darussalam National Single Window (BDNSW).

  • Manakala di dalam Sektor Pelancongan, usaha-usaha yang memfokus kepada eko-pelancongan juga sedang giat dilaksanakan, selaras dengan usaha bagi memperkukuh dan mempelbagaikan produk pelancongan menjelang Tahun Melawat Brunei 2027.

Insya-Allah, Kerajaan akan sentiasa terus komited dalam memastikan pembangunan ekonomi negara, khususnya jua melalui lima kluster keutamaan ini, bukan sahaja berdaya tahan (resilient) terhadap kejutan luar, malah fokus terhadap aktiviti yang lebih bernilai tambah tinggi, berintensifkan teknologi dan lebih mampan. Tumpuan kepada pembangunan yang lebih inklusif juga akan diteruskan, terutamanya jua dalam memastikan penjanaan peluang pekerjaan yang berkualiti dan mencukupi bagi rakyat tempatan kitani dalam jangka masa panjang.

Usaha-usaha bagi memperkasa dan meningkatkan kapasiti dan keupayaan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) juga akan terus dipergiatkan, melalui program-program bimbingan dan pemandanan perniagaan, latihan berfokus serta bantuan akses pembiayaan, agar mereka akan dapat terus menyumbang kepada usaha mempelbagaian ekonomi yang lebih mampan.

Dengan perancangan yang teliti, urustadbir yang kukuh serta komitmen bersepadu daripada kesemua pihak, Insya-Allah, ekonomi Negara Brunei Darussalam akan mampu kekal berdaya tahan dan berdaya saing dalam menghadapi apa saja cabaran global yang akan datang.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.