Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Source: https://www.majlis-mesyuarat.gov.bn/wp-content/uploads/2026/03/Jawapan-Pertanyaan-Jawab-Lisan-Secara-Bertulis-280326-Hari-Kesebelas.pdf

Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL101

SOALAN

Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann

YANG BERHORMAT AWANG MOHAMMAD BIN ABDULLAH @ LIM SWEE ANN meminta MENTERI HAL EHWAL UGAMA menyatakan apakah pelan pembangunan kapasiti dan kompetensi imam, bilal dan pegawai masjid?

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama

Kaola hargakan soalan Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann mengenai pembangunan kapasiti dan kompetensi imam, bilal dan pegawai masjid kerana mereka itu dilantik ke jawatan imam, bilal atau pegawai masjid setentunya sudah memenuhi syarat kelayakan dan kebolehan iaitu kapasiti dan seterusnya mempunyai kecekapan bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab jawatan masing-masing. Tinggal lagi setelah masing-masing menjawat dan bertugas tentu sahaja mereka perlu mengembang-luaskan kapasiti dan kompetensi mereka. Maka dalam keadaan sedemikian Yang Berhormat Awang Haji Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann ingin tahu atau menyarankan supaya pelan pembangunan kapasiti dan kompetensi imam, bilal dan pegawai masjid.

Maka kaola sukacita menyatakan bahawa Kementerian memang memberi perhatian kepada perkara itu. Jabatan Hal Ehwal Masjid sedia dengan latihan-latihan secara dalaman yang berterusan dan seterusnya membuat penilaian ke atas mutu bacaan mereka itu.

Seterusnya Jabatan Hal Ehwal Masjid dengan kerjasama KUPU SB telah merangka Pelan Jangka Lima Tahun Profesionalisma Pegawai Masjid, 2025-2029, iaitu Kursus Profesionalisma Pegawai Masjid yang memfokus kepada modul berikut:

  1. Jati diri dan etika professional pegawai masjid.
  2. Pengurusan Ibadah.
  3. Pengurusan Masjid Berkesan.
  4. Kemahiran komunikasi.
  5. Teknologi dan pendigitalan masjid.
  6. Kepimpinan dan kerja berpasukan.
  7. Pengurusan program dan takmir masjid.

Sasaran pada tahun 2029, 100% keseluruhan Pegawai Masjid akan mengikuti kursus profesionalisma ini.

Dan berdasarkan Rancangan Strategik, kompetensi yang sangat diutamakan bagi imam ialah pengukuhan ilmu pengetahuan ugama iaitu akidah, fiqah, tafsir dan hadits dan juga kemahiran berdakwah yang meliputi cara berkesan penyampaian ceramah dan khutbah. Berkaitan perkara ini, Kementerian melalui Bahagian Perancangan Dan Pembangunan Sumber Manusia (BPPSM) juga menganjurkan:

  1. Bengkel-bengkel meningkatkan kompetensi Imam dan Da'ie yang dilaksanakan pada bulan Mei sehingga Julai 2025 yang mana akan diteruskan pada tahun 2026 ini. Bengkel ini bertujuan meningkatkan kemahiran, pengetahuan, keupayaan imam masjid dan pendakwah.
  2. Kursus bahasa isyarat yang dilaksanakan pada bulan September 2025 dan akan diteruskan.
Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.