Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Source: https://www.majlis-mesyuarat.gov.bn/wp-content/uploads/2026/03/Jawapan-Pertanyaan-Jawab-Lisan-Secara-Bertulis-280326-Hari-Kesebelas.pdf

Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL128

SOALAN

Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin

YANG BERHORMAT AWANG HAJI SALLEH BOSTAMAN BIN HAJI ZAINAL ABIDIN meminta MENTERI KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN menyatakan langkah Kementerian untuk mengiktiraf dan membangunkan warisan budaya berasaskan etnik daerah supaya bukan sahaja dipelihara, tetapi berfungsi sebagai sumber peluang pekerjaan dan pendapatan kepada komuniti setempat (termasuk warga emas) dan pengurangan penghijrahan luar bandar?

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan

Sebagai autoriti yang bertanggungjawab dalam menjaga dan memelihara warisan serta budaya negara, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) akan terus komited memperkasa pembangunan warisan budaya berasaskan etnik di setiap daerah. Usaha ini bukan sahaja bertujuan memastikan warisan tersebut terus dipelihara dan diamalkan oleh generasi seterusnya, malah dapat dijadikan sebagai sumber peluang pekerjaan dan pendapatan kepada komuniti setempat, termasuk golongan warga emas. Pendekatan ini juga dilihat berpotensi menyumbang kepada pembangunan ekonomi komuniti luar bandar sekaligus membantu mengurangkan penghijrahan penduduk ke kawasan bandar.

Setakat ini, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan bagi menyediakan platform kepada komuniti untuk mempamerkan dan memasarkan warisan budaya mereka. Antaranya melalui penganjuran acara kebudayaan seperti Festival Kebudayaan Tujuh Puak, Perjalanan Kebudayaan, Muziumku Warisanku, Cabaran Larian Sejarah Brunei yang menampilkan kepelbagaian adat resam, seni persembahan, makanan tradisi serta kraftangan dari pelbagai daerah. Platform seperti ini memberi peluang kepada penggiat budaya dan komuniti tempatan untuk mempromosikan produk warisan kraftangan seperti tenunan, anyaman, pakaian tradisional, makanan warisan serta demonstrasi seni budaya kepada pengunjung tempatan dan pelancong.

Di samping itu, Jabatan Muzium-Muzium Brunei melalui usaha penyelidikan, pendokumentasian dan pemuliharaan warisan budaya terus diperkukuhkan secara berterusan dengan penglibatan masyarakat tempatan, khususnya pengusaha perusahaan tradisi. Hasil penyelidikan ini diterjemahkan melalui penerbitan ilmiah, pameran serta pelbagai aktiviti kolaboratif yang turut berperanan sebagai platform mempromosikan produk budaya komuniti. Dalam masa yang sama, pihak muzium turut menggalakkan penyertaan warga emas yang mengusahakan perusahaan tradisi untuk memasarkan produk mereka di premis muzium, sekali gus membuka peluang penjanaan pendapatan melalui jualan kepada para pengunjung.

Dalam pada itu, KKBS bersama dengan rakan strategik juga menggalakkan pembangunan produk budaya tempatan seperti kraftangan, pakaian tradisional, makanan warisan serta seni persembahan melalui program latihan kemahiran, bengkel pemindahan ilmu antara generasi serta penyertaan dalam pameran dan festival budaya. Sebagai contoh, Baju Kebaya dan tradisi Berpantun telah mendapat pengiktirafan daripada UNESCO yang menunjukkan bahawa warisan budaya di rantau ini mempunyai nilai yang tinggi di peringkat antarabangsa dan wajar terus dipelihara serta dipromosikan. Melalui pengiktirafan tersebut, kementerian boleh memperluaskan usaha promosi budaya melalui festival, pameran, program pendidikan budaya serta aktiviti pelancongan berasaskan komuniti. Pendekatan ini bukan sahaja membantu mengekalkan identiti budaya masyarakat, malah membuka peluang ekonomi kepada komuniti setempat serta memastikan warisan budaya terus relevan dalam pembangunan negara.

Alhamdulillah, menjelang Tahun Melawat Brunei 2027 sempena Sambutan Perayaan Jubli Intan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei, usaha-usaha ini akan terus diperkukuh sebagai peluang untuk memperluaskan penyertaan masyarakat termasuk masyarakat etnik di seluruh negara dalam mempamerkan warisan budaya mereka serta menjadikannya sebagai sumber penjanaan pendapatan melalui pelancongan budaya, perusahaan kraftangan dan produk warisan tempatan.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.