Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Source: https://www.majlis-mesyuarat.gov.bn/wp-content/uploads/2026/03/Jawapan-Pertanyaan-Jawab-Lisan-Secara-Bertulis-280326-Hari-Kesebelas.pdf

Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL008

SOALAN

Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd. Salam

Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd. Salam meminta Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan menyatakan inisiatif bagi membantu pengusaha tempatan yang berpotensi mampu mengembangluaskan hasil perusahaan secara berskala besar, khususnya untuk menembusi pasaran serantau dan menyumbang kepada ekonomi secara berterusan.

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan

Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan sememangnya memberi perhatian khusus kepada pembangunan pengusaha tempatan yang berpotensi untuk berkembang secara berskala besar, bukan sahaja bagi memenuhi keperluan pasaran dalam negeri, bahkan untuk menembusi pasaran serantau dan seterusnya menyumbang secara berterusan kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Dalam hubungan ini, pendekatan Kementerian adalah berasaskan kepada tiga teras utama, iaitu:

1. Memperkukuh kapasiti pengeluaran dan skala operasi pengusaha

Bagi sektor pertanian, agrimakanan dan perikanan, Kementerian memberi tumpuan kepada pembukaan dan pengoptimuman penggunaan tapak, penerapan teknologi moden dan teknologi tinggi, peningkatan biosekuriti, pemudahcaraan akses kewangan, latihan teknikal, penyediaan infrastruktur asas serta kemudahan makmal dan R&D. Kementerian juga mengukuhkan kapasiti competent authorities bagi membantu pengusaha memenuhi piawaian dan amalan antarabangsa.

Kementerian juga telah melaksanakan Program Product Enhancement, Program Penambahbaikan Bahan Input, Program Sistem Penyimpanan, Program Pensijilan serta Program Pemudahcara Pasaran tempatan dan eksport sebagai usaha dalam meningkatkan lagi kapasiti pengeluaran dan skala operasi pengusaha. Ini termasuk memperkukuh rantaian sejuk (cold chain) dan proses logistik untuk tujuan eksport.

Program-program ini digunakan untuk merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti memudahcara bagi 3 jenis kategori syarikat yang difokuskan di bawah industri agrimakanan iaitu:

  • Tier 1: Syarikat Besar / Pengusaha Kecil dan Sederhana (PKS) yang telah berjaya menembusi pasaran eksport dan sedang memperluaskan perniagaan mereka ke pasaran antarabangsa;
  • Tier 2: Syarikat/Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) merangkumi syarikat yang mempunyai potensi untuk berkembang maju dan seterusnya mengembangluaskan pasaran produk mereka bukan saja untuk pasaran domestik malahan pasaran eksport dalam masa terdekat; dan
  • Tier 3: Perusahaan Mikro/Home-based/Start-up melibatkan pengusaha berskala kecil atau home-based yang mempunyai potensi untuk berkembang kepada perusahaan yang bertapak di kawasan yang lebih sesuai yang membolehkan pengeluaran yang lebih tersusun dan mematuhi piawaian industri makanan.

Semua ini penting supaya pengusaha yang berpotensi dapat beralih daripada operasi kecil kepada perusahaan yang lebih produktif, lebih konsisten dan lebih bersedia untuk berkembang bukan saja di pasaran domestik malah pasaran antarabangsa.

2. Meningkatkan nilai tambah dan kesiapsiagaan eksport

Fokus Kementerian bukan hanya kepada peningkatan keluaran primer, tetapi juga kepada pemprosesan, penjenamaan, pembungkusan, pensijilan dan pematuhan standard. Ini kerana untuk menembusi pasaran serantau, produk tempatan perlu bukan sahaja berkualiti, tetapi juga mempunyai keupayaan untuk memenuhi keperluan pasaran, logistik dan keyakinan pengguna antarabangsa.

Selain itu, Kementerian juga telah melaksanakan pengukuhan biosekuriti di ladang atau kolam ternakan di samping pemantauan kualiti dan keselamatan makanan melalui pensijilan seperti Brunei Good Agricultural Practices (BGAP), Brunei Good Aquaculture Practices (BGAqP), Good Manufacturing Practices dan HACCP bagi memastikan produk memenuhi piawaian keselamatan makanan domestik dan antarabangsa.

Dari sudut hasil dan contoh yang lebih nyata, Kementerian juga telah melihat beberapa pencapaian yang menunjukkan pengusaha tempatan mempunyai keupayaan untuk berkembang ke pasaran serantau apabila dibimbing secara berfokus. Antaranya, dalam tahun 2025, jumlah nilai eksport sektor makanan telah mencatat sekitar $13 juta. Bagi sektor pertanian dan agrimakanan, nilai eksport mencatatkan sekitar $7.68 juta dan telah berjaya menembusi pasaran ke Singapura, Sabah dan Sarawak, Malaysia seperti komoditi Makanan ternakan, Telur ayam dan lain-lain produk yang berasaskan pertanian.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.