Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Source: https://www.majlis-mesyuarat.gov.bn/wp-content/uploads/2026/03/Jawapan-Pertanyaan-Jawab-Lisan-Secara-Bertulis-150326-Hari-Keempat.pdf

Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL105

SOALAN

Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann

YANG BERHORMAT AWANG MOHAMMAD BIN ABDULLAH @ LIM SWEE ANN meminta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah indikator prestasi utama (KPI) yang digunakan untuk menilai keberkesanan kesiapsiagaan pandemik kesihatan? Adakah latihan simulasi atau audit berkala dilaksanakan bagi menguji tahap kesiapsiagaan tersebut?

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri Kesihatan

Kesiapsiagaan pandemik adalah dinilai berdasarkan kerangka yang selaras dengan International Health Regulations (IHR 2005). Di peringkat antarabangsa, penilaian dibuat melalui dua mekanisme utama: Joint External Evaluation (JEE) dan State Party Self-Assessment Annual Reporting (SPAR).

Indikator-indikator utama yang digunakan adalah termasuk:

  1. Keupayaan pengawasan dan pengesanan awal ancaman kesihatan awam;
  2. Kapasiti makmal dan masa tindak balas diagnostik;
  3. Sistem pelaporan dan koordinasi antara agensi;
  4. Kesiapsiagaan hospital termasuk kawalan jangkitan dan kapasiti rawatan;
  5. Komunikasi risiko kepada orang awam; serta
  6. Perancangan logistik dan bekalan strategik.

Pada tahun 2019, Kementerian Kesihatan telah membuat penilaian Joint External Evaluation (JEE) bersama pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang mana Negara Brunei Darussalam telah menunjukkan kapasiti yang kukuh dalam beberapa bidang utama termasuk kerangka perundangan kesihatan awam, sistem makmal kebangsaan, liputan imunisasi, mekanisme pelaporan antarabangsa, kesiapsiagaan di pintu masuk negara, serta sistem komunikasi risiko. Penilaian ini juga telah mengenal pasti ruang penambahbaikan, khususnya dalam aspek latihan berstruktur dan pengujian pelan secara berkala.

Sejak itu, usaha pengukuhan telah dilaksanakan melalui National Action Plan for Health Security. Kementerian Kesihatan jua melaksanakan latihan simulasi dan penilaian selepas tindakan (After Action Review) secara konsisten. Antara latihan yang dijalankan termasuk:

  • latihan tahunan IHR Crystal Exercise anjuran WHO,
  • table top exercise berkaitan rabies bersama sektor kesihatan haiwan di bawah pendekatan One Health, serta
  • latihan simulasi serantau berkaitan kecemasan kesihatan awam dan pengurusan bencana.

Pelan kontingensi hospital dan pengaktifan pusat operasi kecemasan juga turut diuji secara berkala bagi memastikan kejelasan peranan, aliran komunikasi dan penyelarasan antara agensi.

Pendekatan Kementerian adalah jelas: kesiapsiagaan bukan sekadar mempunyai dokumen atau pelan, tetapi memastikan pelan tersebut diuji, dinilai dan ditambah baik secara berterusan.

InsyaAllah, melalui penilaian yang selaras dengan piawaian antarabangsa, indikator yang jelas, serta latihan simulasi berkala, tahap kesiapsiagaan negara akan terus diperkukuh bagi menghadapi sebarang ancaman kesihatan awam pada masa hadapan.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.