Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL121
SOALAN
Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin
YANG BERHORMAT PENGIRAN HAJI ISA BIN PENGIRAN HAJI ALIUDDIN meminta MENTERI PEMBANGUNAN menyatakan perancangan untuk menambahbaik proses kutipan cukai tanah bagi rumah-rumah di bawah skim RPN dan STKRJ?
JAWAPAN
Yang Berhormat Menteri Pembangunan
Pihak Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Tanah sentiasa memastikan peserta-peserta Skim Perumahan Negara, termasuk RPN dan STKRJ, memahami dan melaksanakan tanggungjawab mereka untuk menjelaskan cukai tanah setiap tahun sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Kanun Tanah (Penggal 40). Taklimat awal mengenai tanggungjawab membayar cukai tanah, setelah hak milik berdaftar atas nama mereka, juga diberikan kepada peserta semasa proses pengundian dan penyerahan kunci rumah. Dalam pada itu Surat Pemberitahuan juga dikeluarkan untuk menjelaskan cukai tanah sebaik sahaja pendaftaran hak milik selesai, sebagai peringatan rasmi kepada peserta.
Sebagai menambah-baik proses, langkah-langkah berikut juga dilaksanakan bagi membuat kutipan cukai tanah iaitu:-
i. Makluman dan notis peringatan melalui Media Sosial Rasmi dan Media Rasmi seperti akaun media sosial rasmi Jabatan Tanah iaitu @jabatantanah.bn dan termasuk siaran berita di Radio Televisyen Brunei, radio-radio serta akhbar-akhbar tempatan.
ii. Kemudahan Semakan Dalam Talian – Peserta boleh menyemak jumlah tunggakan cukai tanah yang dikemaskini setiap bulan melalui laman sesawang rasmi Jabatan Tanah di www.land.gov.bn bagi memudahkan tindakan pembayaran dibuat dengan segera.
iii. Kemudahan Akses Pembayaran Atas Talian - Pihak Jabatan Tanah juga ada menyediakan kemudahan akses pembayaran cukai tanah secara atas talian melalui aplikasi BIBD Mobile.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.