Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Source: https://www.majlis-mesyuarat.gov.bn/wp-content/uploads/2026/03/Jawapan-Pertanyaan-Jawab-Lisan-Secara-Bertulis-170326-Hari-Keenam.pdf

Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL021

SOALAN

Yang Berhormat Dr. Awang Haji Mahali bin Haji Momin

YANG BERHORMAT DR. AWANG HAJI MAHALI BIN HAJI MOMIN meminta MENTERI KESIHATAN menyatakan perancangan Kementerian dalam mengongsikan data saringan mengenai penyakit kanser termasuk data perubahan di peringkat pengesanan kepada orang ramai bagi meningkatkan kesedaran dan menggalakkan pengesanan yang lebih awal.

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri Kesihatan

Kementerian Kesihatan komited untuk meningkatkan kesedaran dan penyertaan orang ramai dalam program saringan kanser. Kita sedia maklum bahawa pengesanan awal memberikan peluang rawatan yang lebih berkesan serta hasil kesihatan yang lebih positif.

Untuk makluman, data saringan yang dikumpul secara rutin pada masa ini adalah kadar penyertaan dalam kalangan populasi sasaran. Sebagai contoh, bagi tahun 2025:

  • Saringan kanser serviks mencatatkan 9,066 penyertaan, peningkatan 71% berbanding tahun sebelumnya.
  • Saringan kanser payudara mencatatkan 2,640 penyertaan, peningkatan 21%.
  • Saringan kanser kolorektal mencatatkan 513 penyertaan, iaitu peningkatan dua kali ganda.

Data ini dikongsikan melalui laporan tahunan, infografik dan aktiviti jangkauan masyarakat bagi meningkatkan kefahaman orang ramai mengenai kepentingan menjalani saringan secara berkala.

Berhubung dengan data peringkat pengesanan atau staging, perkara ini sedang diperkukuh melalui pembangunan dan penambahbaikan Cancer Registry negara.

Perancangan Kementerian adalah untuk mengintegrasikan data saringan dengan data klinikal, termasuk maklumat peringkat diagnosis. Dengan pendekatan ini, kita dapat menilai sejauh mana program saringan menyumbang kepada pengesanan awal kanser.

Secara keseluruhannya, hala tuju Kementerian adalah jelas:

  • Pertama, meningkatkan penyertaan saringan dalam kalangan rakyat;
  • Kedua, memperkukuh sistem pengurusan data termasuk Cancer Registry; dan
  • Ketiga, membolehkan analisis yang lebih mendalam termasuk penilaian peringkat kanser semasa pengesanan.

Selain itu, sejak awal tahun 2025, semua program saringan kanser di bawah Program Pemeriksaan Kesihatan Kebangsaan telah dimasukkan ke dalam aplikasi BruHealth. Ini memudahkan rakyat untuk mendaftar dan menempah perjanjian bagi saringan kanser serviks, payudara dan kolorektal.

Program ini juga dilaksanakan melalui kerjasama strategik dengan Early Detection and Cancer Prevention Services di Jerudong Park Medical Centre.

Pendekatan awam dan swasta yang saling melengkapi ini memperluas akses, memudahkan rujukan serta memastikan kesinambungan penjagaan. InsyaAllah, usaha bersepadu ini akan terus meningkatkan kadar penyertaan saringan dan memperkukuh pengesanan awal kanser demi kesejahteraan rakyat.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.