Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL120
SOALAN
Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin
YANG BERHORMAT PENGIRAN HAJI ISA BIN PENGIRAN HAJI ALIUDDIN meminta MENTERI HAL EHWAL DALAM NEGERI menyatakan adakah terdapat tindakan penyelarasan antara Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Kementerian Pembangunan berhubung cukai pintu kepada pemilik perumahan di bawah skim strata, khususnya bagi perumahan yang belum mendapat kebenaran strata tetapi telah dikenakan cukai pintu berasaskan kadar strata dan bukannya berdasarkan keluasan tanah?
JAWAPAN
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri
Diperjelaskan bahawa di bawah Bab 12, Akta Lembaga Bandaran, Penggal 57, cukai pintu dikenakan ke atas pemilik tanah, rumah dan bangunan yang terletak dalam kawasan Lembaga Bandaran.
Bagi perumahan yang berada dalam kawasan Lembaga Bandaran, penaksiran cukai pintu akan dilaksanakan dibawah Bab 12 dari Akta Lembaga Bandaran tanpa mengira sama ada perumahan itu telah diberikan hak milik strata ataupun masih dalam proses.
Di kawasan Bandaran Bandar Seri Begawan, terdapat 9 lot tanah yang mengandungi 188 unit strata dan di kawasan Bandaran Belait, terdapat 2 lot tanah yang mengandungi 92 unit strata. Sebahagian besar dari jumlah tersebut merupakan unit kediaman yang disewakan dan hanya satu unit komersial.
Kerajaan juga akan terus memastikan pentadbiran cukai tempatan dilaksanakan secara adil dan teratur, di samping mengambil kira keperluan pengurusan perkhidmatan perbandaran dan pembangunan bandar yang mampan.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.