Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL066
SOALAN
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman
YANG BERHORMAT PEHIN ORANG KAYA INDERA PAHLAWAN DATO SERI SETIA AWANG HAJI SUYOI BIN HAJI OSMAN meminta MENTERI PENGANGKUTAN DAN INFOKOMUNIKASI menyatakan jika kementerian mempertimbangkan untuk mengurangkan had-had laju di tempat seperti di lebuh raya kawasan kota, jalan-jalan utama dan jalan-jalan kecil yang sesak, mengambil kira bahawa terdapat peningkatan jumlah kenderaan yang didaftarkan setiap tahun dan bagi memastikan keselamatan semua pengguna di jalan raya?
JAWAPAN
Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi
Jalan raya di Negara ini dibahagikan kepada empat (4) kategori iaitu:
Kelas A (Lebuh Raya / Highways) – Merangkumi Lebuhraya Muara-Tutong, Rimba, Tungku, Lebuhraya Sultan Hassanal Bolkiah, Lebuhraya DPMM, dan sebagainya. Bagi lebuh raya, ini dikategorikan sebagai jalan berisiko tinggi kerana reka bentuknya membolehkan kelajuan kenderaan yang tinggi, dengan kawalan akses yang terhad serta persimpangan yang minimum.
Kelas B (Jalan utama) – Merupakan jalan utama yang masih mempunyai persimpangan dan akses terus ke kawasan sekitar, dengan had kelajuan yang lebih rendah berbanding Kelas A, antaranya Jalan Gadong, Jalan Pekan Muara, Jalan Kota Batu dan Jalan Tutong.
Kelas C – Jalan yang menghubungkan jalan utama Kelas A kepada persimpangan yang lebih kecil, lazimnya mempunyai lebih banyak persimpangan, humps jalan dan kawalan lalu lintas.
Kelas D – Merangkumi jalan simpang dan laluan akses yang menuju ke kawasan perumahan.
Sehubungan dengan itu, mana-mana jalan atau Lebuhraya yang tidak diwartakan dengan had-had kelajuan yang ditetapkan di dalam Notis Lalulintas Jalan Raya (Kawasan Had Laju), 2008 di bawah Peraturan-Peraturan Lalulintas Jalan Raya (Kawasan Had Laju) adalah 50km/jam menurut Road Traffic (Limit Area) Regulations di bawah Jadual Pertama, Akta Lalulintas Jalan Raya, Penggal 68. Sebagai contoh, had kelajuan yang diwartakan bagi Lebuhraya Muara-Tutong adalah 100km/jam dan jalan-jalan utama seperti Jalan Menteri Besar adalah 65km/jam.
Dalam hal ini jua, di bawah kempen Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya (MKKJR) yang bertemakan "watch your speed, watch your road", MKKJR telah memasang Speed Management System di lima (5) lokasi tertentu pada 2 Oktober 2025 dengan tujuan untuk mengurangkan kes pemanduan melebihi had laju dan memberi peringatan kepada pemandu supaya memandu mengikut had kelajuan yang ditetapkan serta sentiasa berwaspada. Lokasi-lokasi tersebut adalah seperti berikut:
(i) Dua (2) di Lebuh Raya Lumut – Seria;
(ii) Satu (1) di Lebuh Raya Rimba (DST Tower);
(iii) Satu (1) di Jalan Tutong (Kampung Bunut); dan
(iv) Satu (1) di Temburong (Jalan Labu).
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.